EventHiburan

Siti Nurhaliza, Judika & Cakra Khan Juri Big Stage Musim Kedua

Dua penyanyi popular Indonesia Judika dan Cakra Khan menyertai penyanyi no. 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyandang kerusi sebagai juri tetap program realiti nyanyian generasi baharu Big Stage musim kedua.

Musim terdahulu, Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.

Judika dan Cakra akan bergilir-gilir mengadili persembahan peserta pada setiap minggu.

Masih mengekalkan konsep asal, penganjuran Big Stage 2019 juga turut merintis inisatif membuka ruang perkongsian karya muzik di peringkat antarabangsa kepada penyertaan barisan bintang dari dalam dan luar negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan Korea Selatan.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, pemilihan juri dari luar negara adalah sebagai satu strategi untuk mengantarabangsakan jenama Big Stage.

“Kami memilih juri-juri luar negara untuk menjadikan Big Stage satu program bertaraf antarabangsa.

“Cakra Khan dan Judika dipilih kerana kami rasakan mereka setanding untuk menduduki kerusi juri tetap program ini bersama-sama Datuk Seri Siti Nurhaliza,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis sidang media Big Stage 2 yang berlangsung di Nicsmann, The Starling Mall, Damansara hari ini.

Seramai 12 peserta akan bersaing dalam Big Stage 2019 iaitu Santesh, Adzrin, Irfan Haris, Kucaimars, Fieya Julia, Neeta, Sheryl Shazwanie, Syada Amzah termasuk peserta dari luar negara, Aziz Harun dari Brunei, Han-Byul (Korea Selatan), Chaleeda (Thailand) dan Dinda Permata (Indonesia).

Big Stage 2019 masih mengekalkan pasangan hos Alif Satar dan Sherry Al-Hadad bagi menggemudi program hiburan popular itu.

Juara Big Stage 2019 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi. Pemenang tempat keempat dan kelima tidak pulang dengan tangan kosong yang mana akan membawa pulang RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

Musim terdahulu telah menobatkan Sarah Suhairi sebagai juara, Syafiq Farhain naib juara dan tempat ketiga dimenangi Afieq Shazwan.

Big Stage 2019 akan memulakan siaran pada 18 Ogos ini, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button