Cerita ArtisHiburan

Siti Sarah Dapat Hadiah Jam Tangan Rolex Daripada Suami

Penyanyi popular Siti Sarah telah mendapat dua kejutan sempena sambutan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-36.

Selain sebuah majlis yang diaturkan untuk meraikan kelahirannya, penyanyi itu juga turut mendapat kejutan dengan hadiah seutas jam tangan jenama Rolex daripada suami tercinta iaitu Shuib Sepahtu.

Ujar Siti Sarah, ia merupakan satu kejutan memandangkan dirinya bukanlah gemar memakai aksesori, termasuklah jam tangan.

“Sudah tentu saya kehilangan kata-kata dengan kejutan hari ini. Tak sangka pula dapat hadiah jam tangan daripada suami, sedangkan selama ini saya tidak pernah pakai jam tangan.

“Sebenarnya saya memang bukan jenis yang suka memakai barangan aksesori seperti jam tangan. Apa pun ini adalah antara hadiah yang paling mahal pernah saya terima daripada suami,” ujarnya.

Siti Sarah berkata demikian ketika ditemui semasa acara sambutan hari jadi ke-36 dengan dihadiri rakan-rakan terdekat dan pihak media.

> Baca: Isa & Bella Papar Konflik 2 Teman Baik Berebut Tarikh Kahwin Sama

Sementara itu, Shuib berkata, hadiah yang diberikan kepada isterinya itu adalah sebagai penghargaan kepada tahun cemerlang buat isterinya dalam kejayaan perniagaan pada tahun ini.

Bagaimanapun, pelawak dan penyampai radio popular itu tidak mendedahkan harga sebenar jam tangan tersebut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button