Rancangan TV

Isa & Bella Papar Konflik 2 Teman Baik Berebut Tarikh Kahwin Sama

Berita baik untuk penggemar cerita ‘chick flick’, Awesome TV akan menyiarkan telemovie komedi terbaru Isa & Bella yang mengangkat tema persahabatan. Isa & Bella akan ditayangkan pada 20 September ini pada jam 9 malam di saluran 112, MYTV.

Isa & Bella berkisarkan dua sahabat yang dilahirkan pada hari yang sama iaitu pada tanggal 16 September 1994 dan di hospital yang sama. Mereka membesar bagaikan sepasang kembar namun yang membezakan hanyalah latar belakang kehidupan mereka sahaja.

Pelakon Nadiyah Shahab dan Risteena Munim merupakan tunjang utama yang membintangi telemovie Isa & Bella.

Situasi menjadi rumit apabila Isa dan Bella ingin bernikah pada hari yang sama tetapi Tok Kadi serta lokasi hanya terhad untuk satu slot sahaja. Di sinilah timbul pelbagai konflik serta aksi lucu daripada mereka kerana keengganan mereka untuk mengalah sehingga nilai persahabatan yang dipupuk sejak kecil menjadi taruhan.

Siapakah yang bakal memenangi ‘perlumbaan’ ini? Saksikan Isa & Bella yang diterajui oleh Nadiyah Shahab dan Risteena Munim. Turut membintangi drama ini ialah Hafeez Mikail, Hatta Dolmat dan juga Syuhaida (Dottie). Telemovie ini diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn. Bhd. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button