Cerita ArtisHiburan

Pelakon Sofi Jikan Mengaku Tidak Bersalah Ambil Dadah

Pelakon Sofi Jikan mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan penyalahgunaan dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC) ketika dibawa ke Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Pertuduhan terhadap pelakon filem KL Gangster itu dibacakan Majistret Nurulhuda Zakariya pada jam 10.10 pagi ini.

Hakim membenarkan pelakon berkenaan diikat jamin sebanyak RM3,000 dan kesnya akan disebut semula pada 14 Mac ini. Pelakon yang terkenal dengan tagline Wa Kasi Sengat itu telah diikat jamin oleh adik lelakinya, Shaiful Jikan.

Sofi didakwa di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Chin Le Jy manakala pelakon itu diwakili peguam Datuk Haniff Hassan.

Sofi tiba ke kompleks mahkamah pada jam 9.15 pagi dengan berpakaian sut berwarna biru gelap.

Terdahulu, Sofi telah ditahan reman selama tiga hari bermula 6 Februari lalu selepas didapati positif dadah.

Pelakon berusia 48 tahun itu tampil memberikan keterangan di Balai Polis Mutiara Damansara selepas rakannya, aktor Datuk Farid Kamil membuat laporan polis mendakwa Sofi dan dua lagi rakannya memasukkan dadah ke dalam minumannya pada 31 Januari lalu.

Farid membuat laporan polis selepas dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM15,000 atas lima pertuduhan iaitu mencederakan orang awam, mencederakan penjawat awam, berkelakuan tidak senonoh, menghalang tugas penjawat awam dan penyalahgunaan dadah.

Kes melibatkan Farid akan disebut semula pada 5 Mac ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button