AntarabangsaKpop

Sohyun Bakal Tampil Berlakon Drama Buat Kali Pertama

Bekas anggota 4MINUTE Sohyun akan tampil dengan lakonan drama ‘Love On a First Meeting’ pada tahun ini buat kali pertama.

Menurut sumber Koreaboo, Sohyun akan muncul sebagai watak Ha Hi Ra, setiausaha di Syarikat Conglomerate. Drama ini mengisahkan percintaan setiausaha terhadap bosnya yang bersikap panas baran.

Sohyun akan bergandingan bersama Kim Young Kwang, Jin Ki Joo dan bekas ahli Rainbow Kim Jaekyung dalam drama ini yang bakal ditayang April nanti.

Walaupun Sohyun keluar dari kumpulan 4MINUTE tahun 2005, perjalanan sebagai artis tidak berhenti begitu sahaja. Sohyun telah mencuba nasib dalam bidang lakonan.

Antara filem yang pernah dilakonkan Sohyun adalah Hwang Gu dan The Love That’s Left. Malah, Sohyun berjaya terlibat dalam lakonan setelah 14 tahun meninggalkan dunia nyanyiannya.-KopiPlanet

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button