
Status Perkahwinan Terjawab, Sabronzo Sah Bergelar Isteri DJ Dash Berlin
Status perkahwinan Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli terjawab apabila ahli kumpulan popular Dolla, bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Ryan Fieret.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Sabronzo menerusi Instagram dengan memuat naik beberapa foto perkahwinan tanpa kapsyen panjang, hanya disertakan emoji cincin dan hati yang cukup membuatkan peminat teruja.
Lebih menarik, Ryan bukan calang-calang individu sebaliknya merupakan seorang DJ dan penerbit muzik elektronik dari Belanda yang kini menjadi anggota utama kumpulan antarabangsa terkenal, Dash Berlin.
Dalam foto yang dimuat naik, Sabronzo tampil anggun dalam gaun putih manakala suaminya segak bergaya dengan tuksedo krim. Turut dikongsikan gambar dipercayai ketika majlis akad nikah pasangan itu.
Sebelum ini, gambar perkahwinan mereka tular sejak Khamis lalu dipercayai berlangsung di Bali, Indonesia.
Untuk rekod, sekitar Mei lalu timbul spekulasi hubungan cinta Sabronzo dan Ryan selepas mereka dilihat berbalas komen di media sosial, malah dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam sebuah acara sekitar awal tahun 2024. – KopiPlanet.com
