Cerita ArtisHiburan

Sufian Suhaimi Akui Tidak Tahu Motif Sebenar Fathia Latiff

Penyanyi popular Sufian Suhaimi mengakui tidak tahu motif sebenar tindakan pelakon Fathia Latiff yang mengaitkan bekas tunangnya, Elfira Loy menerusi lagu Di Matamu yang telah diubah liriknya oleh pelakon berkenaan.

Sufian berkata, biarpun tidak mengetahui motif tindakan Fathia itu, tetapi dia berharap agar ia bukanlah berkaitan dengan perkara peribadi dirinya yang berlaku sebelum ini.

“Saya sudah tonton video muzik lagu berkenaan yang sudah diubah liriknya oleh Fathia itu dan secara jujur saya rasa tiada sebarang masalah.

“Cuma saya sendiri tertanya-tanya motif dia mengaitkan nama individu (Elfira) berkenaan,” ujarnya yang ditemui ketika sidang media Malaysia Floor Pattern Sport Dance Competition 2018 di Bilik Seri Nilam, Istana Budaya semalam.

Dalam pada itu, penyanyi yang mula dikenali ramai menerusi lagu Terakhir itu meluahkan rasa keterujaannya apabila kali pertama beraksi di pentas Istana Budaya.

“Pastinya perasaan sedikit gementar itu memang ada kerana ini kali pertama saya dapat beraksi di Istana Budaya. Walaupun bukan di pentas utama, tetapi ia memberi makna yang besar buat diri saya.

“Walaupun baru dua tahun dalam industri seni ini, namun dapat peluang untuk membuat persembahan di lokasi yang berprestij ini satu penghormatan,” jelasnya.

Selain Sufian, malam separuh akhir pertandingan Malaysia Floor Pattern Sport Dance Competitions 2018 (MFPSDC2018) itu turut dimeriahkan menerusi persembahan daripada Syamel, Erni Zakri dan As’ad Motawh.

Pertandingan yang berkonsepkan keindahan dan kreativiti tarian joget serta zapin itu akan diadakan pada 8 Mei hingga 12 Mei depan.

Tiket berharga RM25 (sesi saringan), RM35 dan RM60 (separuh akhir) dan RM40, RM80 dan RM100 (akhir) akan dijual pada 17 April ini.

Sebarang maklumat akan dikemaskini menerusi Facebook dan Instagram rasmi Istana Budaya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button