Cerita ArtisHiburan

Suhaimi Saad Minta RM5,000 Untuk Tampil Di Program Analisis TV Alhijrah

Bekas ahli kumpulan Inteam, Suhaimi Saad mengakui dia ada meminta bayaran sebanyak RM5,000 untuk tampil dalam program Analisis di saluran TV Alhijrah.

Penyanyi berkenaan telah berkongsi perkara berkenaan menerusi status yang dimuat naik di laman Facebook ANALISIS Bersama FINAZ YUNUS.

“Betul, memang SS minta RM5,000 daripada mereka. Kenapa? Tak mampu bayar? Mereka nak SS datang ke program TV mereka.

“SS datang dari Kota Bharu. SS perlu bermalam. SS akan tanggung kos perjalanan atau flght tiket, makan dan penginapan. SS akan tanggung risiko untuk berdebat dan bercakap, dimalukan dan dikecam,” ujarnya.

Sebelum ini, Suhaimi menimbulkan kontroversi apabila membuat kenyataan bahawa bentuk bumi ini rata sehingga menimbulkan perdebatan, termasuk membabitkan angkasawan pertama negara iaitu Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.

Ternyata perkara berkenaan membuatkan pihak program Analisis mahu mengundang Suhaimi untuk tampil bersiaran di program berkenaan bagi topik ‘Flat Earth’.

“Kami telah menghubungi Saudara Mosus buat kali kedua untuk tampil bersiaran di Analisis TVAH bagi topik ‘Flat Earth.

“Beliau bagaimanapun meminta RM5,000 untuk bersiaran di TVAH,” ujarnya kenyataan berkenaan. – KopiPlanet.com

Kredit gambar: Facebook Mosus (Suhaimi Saad)

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button