
Syafie Naswip Nafi Dirinya Adalah Pelakon Yang Ditahan Polis Berkenaan Kes Penyalahgunaan Dadah
Pelakon popular Syafie Naswip menafikan sekeras-kerasnya mengenai dirinya yang dikatakan individu yang ditahan polis berkenaan kes penyalahgunaan dadah.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan memandangkan ramai yang bertanyakan sama ada dia individu yang dimaksudkan.
“Salam semua, Ramai yang DM tanya adakah individu itu adalah saya, since saya shooting di Kuala Kangsar baru-baru ini. Jawapannya tidak.
“Ada beberapa produksi drama lain yang turut shooting di sana. Moga dijauhkan daripada fitnah seperti ini lagi,” jelasnya.
Semalam, media melaporkan bahawa seorang pelakon berusia 29 tahun telah ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar.
Selain pelakon tersebut, turut ditahan sama adalah pengarah dan penolong pengarah yang masing-masing berusa 49 dan 47 tahun. – KopiPlanet.com
