Cerita ArtisHiburan

Syafiq Farhain Dedahkan ‘Bidadari Kesayangan’ Menerusi Single Baharu Kau Bidadari

Mungkin ramai peminat yang tertanya-tanya mengenai siapakah ‘bidadari kesayangan’ yang dimaksukan oleh Syafiq Farhain.

Bagaimanapun, setelah mendengar lagu terbaharu nyanyiannya iaitu Kau Bidadari, ternyata ‘bidadari’ yang dimaksudkan adalah ibunya sendiri iaitu Juwita.

Beliau yang kini bertugas dengan pasukan bomba Putrajaya berkata, memang lagu berkenaan ditujukan buat ibunya itu.

“Semua maklum bahawa bidadari itu adalah wanita. Ketika menyanyi lagu ini, saya bayangkan mak saya. Kalau dengar lagu ini dan faham betul-betul lirik, ternyata lelaki tak boleh hidup tanpa wanita.

“Namun, ia sebenarnya terpulang kepada pendengar, mereka nak bayangkan bidadari itu adalah mak, adik, kakak atau pasangan masing-masing. Bila saya nyayikan lagu ini saya terbayangkan mak saya dan saya boleh dapat feel lagu ini,” katanya.

Bercerita tentang Kau Bidadari, jelas Syafiq, lagu ciptaan Asfan Shah dan lirik oleh Fedtri Yahya tersebut sebenarnya sudah dirakam sejak 2019.

Jelasnya, banyak cabaran yang ditempuhi ketika merakamkan lagu berkenaan, terutama sekali apabila berlakunya pandemik Covid-19.

“Apabila lagu ini siap dirakam, tahun berikutnya kami rancang untuk buat muzik video pula, tetapi tiba-tiba berlaku Covid-19 dan ia tertangguh.

“Kemudian setelah keadaan reda dan boleh buat penggambaran, ada pula kru produksi untuk video muzik itu positif Covid-19 dan sekali lagi tertangguh,” ujarnya,

Syafiq berkata, cabaran kembali diharungi apabila ketika sudah mendapat tarikh penggambaran pada Februari lalu, dia sendiri pula yang didapati positif Covid-19.

Jelasnya lagi, disebabkan penggambaran dilakukan sewaktu pandemik Covid-19, maka banyak perkara yang terpaksa diubah mengikut kesesuaian semasa.

“Biarpun pelbagai dugaan dilalui sewaktu penggambaran video muzik yang dijayakan oleh pelakon Hairi Safwan, namun saya bersyukur kerana ia tetap berjalan lancar,” ujarnya.

Video muzik lagu berentak balada itu dimuat naik dalam saluran YouTube MVM Music sejak 14 Jun lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button