Cerita ArtisHiburan

Syifa Akui Ramai Yang Keliru Dirinya Dan Syatilla Melvin

Model dan pengacara, Syifa Melvin menyatakan terdapat segelintir yang keliru dengan menyangka dirinya adalah pelakon Syatilla Melvin.

Menurut adik kepada Syatilla itu, disebabkan kekeliruan yang timbul itu sehinggakan ada yang mengajak dia untuk bergambar bersama-sama.

“Sebelum ini memang pernah yang memanggil saya dengan panggilan Syatilla dan ajak saya bergambar. Namun, saya layankan sahaja permintaan mereka untuk bergambar.

“Bagaimanapun, itu semua kejadian yang pernah berlaku beberapa tahun lalu. Sekarang ini, ramai yang sudah dapat bezakan antara kami berdua,” ujarnya.

Syifa berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran drama mini Sunsilk Sis Cuba yang berlangsung semalam dan turut membabitkan penyanyi Sarah Suhairi, Nabila Razali, dan Aiman Hakim.

Dalam pada itu, berkenaan dengan pembabitan sulungnya dalam dunia lakonan menerusi drama mini berkenaan, Syifa menyatakan kini sudah tiba masanya untuk dia mencuba bidang berkenaan.

Malah, Syifa juga menyatakan bahawa kakak dan abang iparnya iaitu Shaheizy Sam merupakan inspirasi buat dirinya untuk dia berlakon.

“Apabila saya menceburi bidang ini, perkara pertama yang dipesan oleh kakak adalah saya perlu serius dan jangan main-main, jaga sikap dan kelakuan serta perlu kuat dari segi mental dan fizikal.

“Cuma, saya tidak mahu orang beranggapan yang saya tumpang populariti kakak dan abang ipar apabila menceburi bidang lakonan. Biarlah apa yang saya perolehi itu hasil daripada usaha saya sendiri,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button