• FOLLOW US

“Rakyat Malaysia Harus Tahu Cakap Bahasa Kebangsaan” – Amelia Henderson

Pelakon dan model, Amelia Henderson berpendapat seorang warganegara Malaysia seharusnya mempunyai kemahiran dalam menguasai bahasa kebangsaan.

Menurut selebriti jelita yang mempunyai darah kacukan Malaysia – Scotland itu, dia juga pada mulanya mempunyai kesukaran untuk berbahasa Melayu namun tetap berusaha untuk menguasainya.

“Ketika saya berada di sekolah rendah, saya akui penguasaan dalam Bahasa Melayu sedikit lemah sampaikan ada orang ejek bila saya cakap kedengaran pelat. Dari situ saya berusaha untuk menguasai bahasa kebangsaan dengan baik.

“Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara kita dan sepatutnya rakyat Malaysia perlu tahu bercakap Bahasa Melayu sebab kita adalah orang Malaysia. Bagi saya kalau seseorang itu tidak menggunakan bahasa Melayu dalam percakapan sehariannya, tapi sekurang-kurangnya sebagai rakyat Malaysia mereka perlu tahu asas-asas untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Amelia ditemui pada majlis sidang media Dewi Remaja Edisi 2019/2020 yang berlangsung di The Starling Mall, Damansara Utama, baru-baru ini.

Selebriti berusia 24 tahun itu diberi peranan selaku hos bagi mengacarakan program pencarian bakat gadis cantik dan bijak anjuran majalah Remaja itu.

Pertama kali mengendalikan rancangan sepenuhnya berbahasa Melayu, Amelia beranggapan ia adalah satu cabaran buatnya untuk melakukan yang terbaik memandangkan sebelum ini dia lebih banyak mengacarakan program-program berbahasa Inggeris.

“Bila saya dah terlalu biasa mengacara dalam bahasa Inggeris, ia jadi senang sebab saya memang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan ini kali pertama saya hosting dalam bahasa Melayu, saya takut terlepas cakap bahasa Inggeris.

“Walaupun pihak produksi beri kebenaran untuk saya gunakan bahasa campuran Melayu-Inggeris dalam rancangan ini, tapi kalau boleh saya nak cuba berkomunikasi 100 peratus dalam bahasa Melayu.

“Untuk lebih menguasai bahasa Melayu, apa yang saya buat ialah berlatih bercakap dalam bahasa itu dengan ibu dan adik saya di rumah. Nak menguasai apa-apa bahasa pun, kita perlu sentiasa berlatih bercakap dalam bahasa itu. Harapnya saya dapat memuaskan hati semua pihak ketika menggendalikan program itu nanti,” ujarnya lagi.

Dewi Remaja Edisi 2019/2020 bakal disiarkan di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), pada setiap Sabtu, jam 9 malam bermula 26 Oktober ini. 12 peserta akan diadili dua juri tetap iaitu Yusry Abdul Halim dan pemenang Dewi Remaja Edisi 2005/2006 Scha Alyahya. – KopiPlanet.com

“Saya Dilahirkan Di Klang, Selangor Oleh Ibu Saya Warganegara Malaysia” – Amelia Henderson

Pelakon Amelia Henderson telah mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi trofi Asia Model Awards Model Star Award mewakili Malaysia dalam sebuah majlis yang diadakan di Seoul, Korea Selatan semalam.

Kemenangan aktres berdarah kacukan India dan Sweden itu menerima pelbagai ucapan tahniah daripada para pengikut di laman Instagamnya.

Namun begitu, dalam ramai-ramai yang memberikan ucapan tahniah, ada juga terselit satu komen yang mempertikaikan kemenangan Amelia yang dikatakannya tidak layak untuk mewakili Malaysia hanya disebabkan dia bukan Melayu.

Individu itu menulis, “Awak bukan Melayu, orang Malaysia sepatutnya menghalang kemenangan orang luar seperti kamu. Kamu mungkin cantik tapi kamu tidak melambangkan kami orang Melayu. Mungkin kemenangan kamu dibiaya oleh orang lain. Senang cerita, awak bukan orang Melayu.”

Tidak duduk diam, Amelia kemudiannya membalas komen tersebut yang dilihat menafikan kemenangan yang telah diraihnya itu.

“Saya sangat sedih komen ini datang daripada orang Malaysia sendiri. Sudah 2019, sepatutnya setiap daripada kita tahu negara kita terdiri daripada kepelbagaian kaum dan etnik yang duduk di bawah satu bumbung. Ya, saya bukan orang Melayu tapi saya dilahirkan di Klang, Selangor oleh ibu saya yang merupakan warganegara Malaysia.

“Walaupun bapa saya orang luar tapi saya dibesarkan dan belajar di negara saya. Malaysia adalah tanah air saya sama seperti kamu dan tiada apa yang lebih membanggakan saya apabila dapat mewakili negara sendiri.

“Saya bukanlah boneka yang boleh dibayar untuk menyampaikan mesej. Saya sama sahaja seperti kamu, warganegara Malaysia,” tulis aktres berusia 24 tahun itu.

Menerusi ruang komen, ramai selebriti tempatan turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan Amelia seperti Puan Seri Tiara Jacquelina, Marsha Milan, Amber Chia dan Ning Baizura. – KopiPlanet.com

Sejak Kembali Solo, Amelia Henderson Kini Tampil Lebih ‘Daring’?

Rasanya dah agak lama juga Cik Kopi tak membawang kan. Maklumlah, lately ni terlalu sibuk dengan kerja-kerja hakiki yang tak putus-putus.

Jadi, sekarang ni ada ler sikit masa terluang yang Cik Kopi untuk membawang. Sambil-sambil tu sempat juga tengok-tengok Instagram untuk tahu perkembangan semasa.

Cuma masa dok skrol Instagram tu, Cik Kopi tertarik pula tengok Instagram seorang pelakon cantik ni yang popular dengan beberapa buah drama seperti Jangan Benci Cintaku, Keluarga Adam, Kasut Tumit Tinggi dan Keluarga Pontimau.

Siapa lagi kalau bukan pelakon kacukan India-Scotland, Amelia Henderson. Mungkin ramai yang tak tahu, Amelia ni dulu pernah berkahwin dengan seorang kerabat, Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar. Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang dan kini masing-masing sudah bawa haluan sendiri.

Namun, bukan itu yang Cik Kopi nak perkatakan. Sebenarnya Cik Kopi tengok sejak dah kembali solo ni, makin ‘daring’ plak gambar-gambar yang dimuat naik di Instagram.

Misalnya, ada dua keping gambar pelakon itu memakai baju dalam keluaran sebuah jenama terkenal yang teran-terang menonjolkan bahagian dada.

Malah, pada sekeping gambar siap letak lagi hashtag #BelanjaEveryDay. Cik Kopi yakin, mana-mana lelaki yang tengok gambar-gambar tu mesti telah air liur.

Bagaimanapun, mungkin juga pelakon itu merupakan duta untuk jenama pakaian dalam tersebut? Entahlah… tapi pada pandangan mata Cik Kopi sendiri, memang nampak seksi.

Bagi Cik Kopi, terpulanglah pada empunya diri nak muat naik gambar apa pun. Cuma, tak mustahil akan banyak komen-komen ‘nakal’ yang diterima dan tak ketinggalan juga kecaman daripada segelintir netizen.

Lagipun, Amelia sekarang memang cukup popular dan dikenali ramai peminat-peminat Melayu. Lagipun dengan latar belakangnya sebelum ni yang pernah berkahwin dengan jejaka Melayu, tidak mustahil akan ramai yang kecam dengan penampilannya. – KopiPlanet.com

Cik Kopi: Masih menjadi perdebatan ramai sama ada Zamani wajar terus berada di GV 5 atau tarik diri sahaja.

Kredit foto: Instagram Amelia Henderson