• FOLLOW US

Gwyneth Paltrow Jual Lilin Wangian Berbau Alat Kemaluannya

Pelakon Gwyneth Paltrow mencetuskan sensasi di kalangan peminatnya apabila mengambil pendekatan menjual lilin wangian berbau alat kemaluannya.

Dijual pada harga RM302 (£57) seunit menerusi laman web jualan barangan milik aktres itu, produk tersebut memberikan deskripsi ia berbau ‘kelakar, menawan, seksi dan sesuatu yang tidak dijangkakan’.

Menggunakan ramuan seperti campuran geranium, citrus bergamot dan cedar, lilin tersebut memberikan bau-bauan yang penuh dengan rasa fantasi, menggoda dan mewah.

Gwyneth sebelum ini pernah memberikan kenyataan bahawa dia sudah tidak lagi mahu meneruskan kerjaya lakonan kerana ingin memberikan sepenuh tumpuan kepada jenama barangan gaya hidup miliknya, Goop. – KopiPlanet.com

Gwyneth Paltrow Kahwin Kali Kedua Dengan Brad Falchuk

Pelakon Gwyneth Paltrow menamatkan zaman solonya selepas selamat disatukan sebagai isteri kepada produser Brad Falchuk selepas empat tahun menyulam cinta.

Perkahwinan yang diadakan secara tertutup pada Sabtu lalu di New York itu dihadiri ramai selebriti gred A, seperti Robert Downey Jr, Cameron Diaz, Rob Lowe, Jerry Seinfeld dan pengarah Steven Spielberg.

Aktres itu berkongsikan berita gembira itu di laman Instagramnya dengan memuat naik gambar tangannya dan suami memakai cincin perkahwinan mereka.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Gwyneth selepas dia sah bercerai dengan bekas suaminya, vokalis Coldplay, Chris Martin pada 2016.

Hasil perkahwinan itu, aktres berusia 46 tahun itu mempunyai sepasang cahaya mata, Apple, 14, dan Moses, 12 tahun. – KopiPlanet.com

Gwyneth Temukan Kekasih Dengan Bekas Suami

Walaupun sudah bercerai, namun hubungan di antara aktres Gwyneth Paltrow dengan bekas suaminya, Chris Martin masih lagi baik sehingga kini.

Terbaharu, Gwyneth menjemput Chris yang merupakan vokalis Coldplay untuk keluar makan tengah hari bersamanya dan teman lelaki, Brad Falchuk.

Gambar kedua-dua lelaki itu kemudiannya dimuat naik Gwyneth di laman Instagramnya yang mana telah menarik lebih 174,000 tanda suka (like) daripada peminatnya.

Bertebaran gosip mendakwa Gwyneth sudah pun mengikat pertunangan dengan Brad yang merupakan penerbit siri Glee dan American Horror Story namun sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pihak bagi menjawab dakwaan tersebut.

Gwyneth berkahwin dengan Chris pada 2003 namun telah disahkan bercerai tahun lalu.

Hasil perkahwinan mereka mempunyai sepasang cahaya mata, Apple, 13, dan Moses, 11 tahun. – KopiPlanet.com