AntarabangsaHollywood

Gwyneth Paltrow Tayang Gambar Bogel Sambut Hari Ulang Tahun Kelahiran Ke-48

Pelakon Gwyneth Paltrow mempunyai cara tersendiri bagi meraikan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-48 iaitu dengan berkongsikan foto bogel di laman Instagramnya.

Ibu kepada dua anak remaja itu menulis, “Tidak berpakaian apa-apa kecuali sut hari lahir saya (bogel)

“Terima kasih banyak atas ucapan selamat ulang tahun,” ujarnya menerusi perkongsian di Instagram miliknya.

Anak perempuan Gwyneth iaitu Apple, 16, kemudian memberi reaksi dengan meninggalkan komen, “MOM” sebaik melihat foto yang dikongsikan ibunya itu sebelum Gwyneth membalas semula dengan tiga emoji ketawa.

Pelakon filem Shakespeare In Love itu sebelum ini pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin pada 2003 namun berpisah pada 2016.

Hasil perkahwinan, pasangan itu mempunyai sepasang anak, Apple, 16, dan Moses, 14. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button