• FOLLOW US

Justin Bieber Terima Rawatan Selepas Dedah Ketagih Ubat Xanax

Penyanyi Justin Bieber dilaporkan menerima rawatan berhubung masalah kemurungan yang dihadapinya selepas mengakui ketagih ubat penenang Xanax yang diambilnya sebelum ini.

Menurut sumber Metro UK, Justin dilaporkan menjalani rawatan rapi agar dapat melepasi tahap ketagihannya yang kelihatan agak serius.

“Justin kelihatan penat dan murung. Dia berusaha untuk melawan ketagihannya. Penyakit itu langsung tiada kena mengena dengan isterinya, Hailey.

“Justin sangat gembira berkahwin dengan Hailey. Penyakit itu merupakan satu perkara yang dia agak sukar untuk hadapi memandangkan ia melihatkan kesihatan mental,” ujar sumber tersebut.

Penyanyi lagu Sorry itu sebelum ini membuat pendedahan mengenai ketagihan Xanax menerusi temubual bersama majalah Vogue yang mana dia menjadi muka hadapan majalah fesyen popular itu bersama-sama isterinya, Hailey Baldwin baru-baru ini. – KopiPlanet.com

Alec Baldwin Dedah Justin Bieber Sudah Berkahwin Dengan Hailey

Sejak minggu lalu tersebar khabar angin mendakwa penyanyi antarabangsa popular, Justin Bieber sudah mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, model Hailey Bladwin.

Namun, masih tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkaitan isu tersebut.

Walau bagaimanapun, bapa saudara Hailey iaitu pelakon Alec Baldwin ada mengeluarkan kenyataan berhubung perkara berkenaan ketika ditanya para wartawan.

“Mereka sudah berkahwin dan saya tak tahu apa yang dirancang oleh pasangan ini,” katanya yang tidak mendapat jemputan ke majlis tersebut.

Sementara itu ketika diminta memberikan pesanan kepada pasangan pengantin baharu itu bagi membina sebuah mahligai yang bahagia, Alec berkata, “Terus berusaha, jangan berhenti berusaha untuk membahagiakan pasangan anda.”

“Selalu luangkan masa bersama, macam saya sehingga ke hari ini saya nak habiskan masa sehingga ke akhir hayat dengan isteri tersayang,” ujarnya.

Justin, 24, dikhabarkan sudah berkahwin dengan Hailey dalam satu upacara tertutup di New York pada Jumaat lalu. – KopiPlanet.com

Justin Bieber Jelaskan Kenapa Dia Menangis Di Tepi Jalan

Sekeping foto menunjukkan Justin Bieber menangis di tepi jalan sambil dipujuk tunangnya, Hailey Baldwin mencetuskan spekulasi di kalangan peminatnya.

Namun, Justin menerusi TMZ.com menjelaskan tiada apa yang perlu dirisaukan.

Menurut penyanyi berusia 24 tahun itu, dia juga sama seperti orang biasa yang menghadapi hari-hari sukar sehingga mengalirkan air mata.

“Tidak semua hari yang kita lalui indah-indah belaka. Pasti akan ada hari-hari malang buat kita juga,” katanya.

Walaupun baharu sahaja mengumumkan pertunangan mereka sebulan lalu, Justin dan Hailey dikatakan sudah mula merancang majlis perkahwinan mereka.

“Justin dan Hailey sudah pun berbincang mengenai perkahwinan idaman mereka. Mereka merancang untuk bertunang dalam tempoh yang singkat sahaja.

“Pasangan itu merancang untuk berkahwin tahun hadapan dan ingin mengadakan majlis secara tertutup dan kecil-kecilan,” dedah sumber yang rapat dengan Justin. – KopiPlanet.com

Justin Bieber Lamar Hailey Baldwin Di Kepulauan Bahamas

Penyanyi terkenal, Justin Bieber dilaporkan melamar kekasihnya, model Hailey Baldwin di kepulauan Bahamas, Sabtu lalu.

Pasangan itu bercuti di Bahamas sejak Jumaat lalu sebelum Justin mengambil keputusan untuk melamar Hailey sebagai tunangnya di hadapan pengunjung pulau Baker Bay.

Sehingga kini, kedua-dua wakil pengurusan mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pertunangan tersebut.

Namun, sumber E!News mengesahkan perkara tersebut dengan berkata, “mereka bertunang pada malam Sabtu lalu di pulau Baker Bay. Justin, 24, merancang semuanya dan menempah cincin istimewa itu di New York.”

“Lamaran itu benar-benar membuatkan Hailey, 22, berada di awang-awangan. Mukanya nampak terkejut dengan lamaran itu namun kedua-duanya memang nampak benar-benar dilamun cinta di antara satu sama lain,” kata sumber itu.

Hubungan cinta di antara Justin dengan anak pelakon Stephen Baldwin itu mula berputik sejak tiga tahun lalu namun mereka berpisah beberapa bulan selepas itu.

Ketika berpisah, Justin dikaitkan bercinta semula dengan Selena Gomez manakala Hailey dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi In My Blood, Shawn Mendes. – KopiPlanet.com

Justin Bieber Mengaku Kembali Bercinta Dengan Hailey Baldwin

Penyanyi Justin Bieber mengaku kembali menjalinkan percintaan dengan bekas kekasihnya, model Hailey Baldwin.

Aksi mesra pasangan itu berkucupan di sebuah studio filem di Los Angeles menarik perhatian ramai sehingga membawa kepada pengakuan tersebut.

Justin dan Hailey pernah berpacaran dari tahun 2015 hingga 2016. Walaupun pernah patah hati dengan Justin yang kembali bercinta dengan Selena, Hailey dikatakan masih menaruh harapan yang Justin akan kembali kepadanya.

“Justin sentiasa bertakhta di hati Hailey biarpun mereka sudah lama terputus. Dia merupakan satu-satunya jejaka yang sangat penting bagi diri Hailey,” kata sumber yang rapat dengan model berusia 21 tahun itu.

Penyanyi berusia 25 tahun itu cukup dikenali sering kali menjalinkan hubugan ‘on and off’ dengan teman wanitanya. Sebelum ini dia sudah banyak kali putus dan kembali bercinta dengan bekas kekasihnya, Selena Gomez. – KopiPlanet.com