AntarabangsaHollywood

Justin Bieber Lamar Hailey Baldwin Di Kepulauan Bahamas

Penyanyi terkenal, Justin Bieber dilaporkan melamar kekasihnya, model Hailey Baldwin di kepulauan Bahamas, Sabtu lalu.

Pasangan itu bercuti di Bahamas sejak Jumaat lalu sebelum Justin mengambil keputusan untuk melamar Hailey sebagai tunangnya di hadapan pengunjung pulau Baker Bay.

Sehingga kini, kedua-dua wakil pengurusan mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pertunangan tersebut.

Namun, sumber E!News mengesahkan perkara tersebut dengan berkata, “mereka bertunang pada malam Sabtu lalu di pulau Baker Bay. Justin, 24, merancang semuanya dan menempah cincin istimewa itu di New York.”

“Lamaran itu benar-benar membuatkan Hailey, 22, berada di awang-awangan. Mukanya nampak terkejut dengan lamaran itu namun kedua-duanya memang nampak benar-benar dilamun cinta di antara satu sama lain,” kata sumber itu.

Hubungan cinta di antara Justin dengan anak pelakon Stephen Baldwin itu mula berputik sejak tiga tahun lalu namun mereka berpisah beberapa bulan selepas itu.

Ketika berpisah, Justin dikaitkan bercinta semula dengan Selena Gomez manakala Hailey dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi In My Blood, Shawn Mendes. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button