AntarabangsaHollywood

Alec Baldwin Dedah Justin Bieber Sudah Berkahwin Dengan Hailey

Sejak minggu lalu tersebar khabar angin mendakwa penyanyi antarabangsa popular, Justin Bieber sudah mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, model Hailey Bladwin.

Namun, masih tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkaitan isu tersebut.

Walau bagaimanapun, bapa saudara Hailey iaitu pelakon Alec Baldwin ada mengeluarkan kenyataan berhubung perkara berkenaan ketika ditanya para wartawan.

“Mereka sudah berkahwin dan saya tak tahu apa yang dirancang oleh pasangan ini,” katanya yang tidak mendapat jemputan ke majlis tersebut.

Sementara itu ketika diminta memberikan pesanan kepada pasangan pengantin baharu itu bagi membina sebuah mahligai yang bahagia, Alec berkata, “Terus berusaha, jangan berhenti berusaha untuk membahagiakan pasangan anda.”

“Selalu luangkan masa bersama, macam saya sehingga ke hari ini saya nak habiskan masa sehingga ke akhir hayat dengan isteri tersayang,” ujarnya.

Justin, 24, dikhabarkan sudah berkahwin dengan Hailey dalam satu upacara tertutup di New York pada Jumaat lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button