• FOLLOW US

Kylie Sumbang RM4.1 Juta Bantu Pemulihan Kebakaran Di Australia

Selebriti terkenal, Kylie Jenner baru-baru ini menyumbang wang berjumlah RM4.1 juta (AS$1 juta) kepada pihak bomba Australia bagi membantu usaha-usaha membaik pulih kebakaran hutan terburuk yang pernah dicatatkan negara itu.

Tindakannya itu dibuat selepas adik kepada Kim Kardashian itu dikritik hebat selepas menayang selipar mewahnya yang diperbuat daripada bulu binatang.

Ramai menyifatkan tindakan Kylie sebagai hipokrit kerana masih lagi memakai pakaian serta perhiasan daripada bulu binatang serta tidak selari dengan mesej cintakan haiwan seperti mana yang dikongsikannya sebelum ini.

Sebelum berkongsikan gambar selipar tersebut, Kylie terlebih dahulu memuat naik imej menyedihkan lebih setengah bilion binatang terkorban akibat kebakaran hutan di Australia.

Sehingga kini, Kylie masih berdiam diri daripada memberikan sebarang komen mengenai perkara itu. – KopiPlanet.com

Kylie Jenner Jual Saham Pemilikan Kylie Cosmetics RM2.5 Bilion

Kylie Jenner dilaporkan telah menjual saham miliknya yang berjumlah RM2.5 bilion (AS$600) juta menerusi perniagaan kosmetik miliknya, Kylie Cosmetics.

Kylie, 22, sebelum ini dinamakan sebagai bilionaire paling muda dunia tahun lalu selepas jenama kosmetiknya mencatatkan jualan tingi menerusi produk penjagaan bibir dan pembayang mata.

Adik kepada Kim Kardashian itu mengambil keputusan menjual 51 peratus saham miliknya kepada sebuah syarikat kecantikan Coty yang turut menaungi jenama seperti Max Factor, Clairol dan CoverGirl.

Walaupun sudah menjual sahamnya, Kylie dikatakan masih lagi mengemudi bahagian kreatif jenama Kylie Cosmetics manakala Coty menguruskan sepenuhnya hal berkaitan kewangan syarikat. – KopiPlanet.com

Kylie Jenner Dedah Mahu Letak Nama Anak Perempuannya Rose

Ketika ini Kylie Jenner sedang menjalani kehidupan sebagai seorang ibu. Meskipun baru berusia 21 tahun, kekasih kepada Travis Scott itu bahagia membesarkan anak perempuannya yang bernama Stormi Webster.

Menerusi akaun media sosialnya baru-baru ini, ternyata Kylie telah membuat satu pengakuan yang agak mengejutkan buat peminat-peminatnya.

Semasa membuat live di Instagram, Kylie mendedahkan tentang nama asal yang ingin diberikan sebelum membuat keputusan memilih nama Stormi Webster.

“Ada satu nama yang ingin saya dedahkan kepada anda semua, tetapi untuk pengetahuan saya pada asalnya ingin memberikan nama Rose kerana menyukai nama itu. Selamat untuk anda yang bernama Rose,” ujarnya.

Menurut Kylie lagi, dia juga merasakan nama berkenaan kurang sesuai untuk diberikan semasa dia masih lagi mengandung ketika itu. Setelah berfikir agak lama, akhirnya nama Stormi menjadi pilihan.

Ujarnya, idea untuk meletakkan nama Stormi itu muncul kerana dirinya yang gemar melihat petir. Kemudian dia mahu menambahkan huruf ‘ie’ agar sama dengan namanya.

“Itu adalah perancangan awal dan ketika sedang hamil saya sering memanggilnya dengan nama Stormi dan berasa ia sangat sesuai,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Kylie Jenner Bergaya Mewah Teman Travis Scott Ke Grammys

Nampaknya seperti malam temu janji buat pasangan Kylie Jenner dan kekasihnya yang juga seorang penyanyi iaitu Travis Scott semasa mereka melangkah menghadiri karpet merah Anugerah Grammy edisi ke-61 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat, semalam.

Pasangan merpati dua sejoli dilihat begitu secocok sekali menerusi gaya yang meletop di samping mempamerkan aksi mesra dengan cara mereka yang tersendiri.

Bintang rancangan televisyen Keeping Up With The Kardashians ini telah muncul dengan memakai busana lengkap berwarna merah jambu rekaan Balmain yang turut dilengkapi dengan sarung tangan daripada rona sama.

Pada majlis itu, Kylie tidak memakai sebarang cincin di jarinya sehingga menyebabkan peminat tertanya-tanya adakah betul mereka sudah bertunang. Ini kerana sebelum ini, Kylie sering kali dilihat memakai sebentuk cincin di jari manisnya seolah-olah memberikan gambaran dia sudah bertunang dengan penyanyi tersebut.

Ini merupakan kali pertama Kylie dan Travis menghadiri anugerah berprestij itu bersama-sama. Travis turut dicalonkan dalam tiga kateogari iaitu Album Rap Terbaik untuk Astroworld, Lagu Rap Terbaik dan Persembahan Rap Terbaik menerusi kolaborasi lagu Sicko Mode dengan Drake. -KopiPlanet.com

Kylie Jenner Belanjakan RM40,000 Di Postmates Tahun Lepas

Bintang realiti televisyen iaitu Kylie Jenner telah membelanjakan sebanyak RM40,000 untuk pesanan makanan atas talian iaitu Postmates sebanyak 186 kali tempahan pada tahun lepas.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh aplikasi penghantaran makanan tersebut menerusi siri blog The Receipt baru-baru ini.

Menerusi pendedahan itu, syarikat aplikasi berkenaan telah memaklumkan mereka menerima pesanan penghantaran makanan serta minuman daripada Kylie bermula dengan makanan mewah hingga ke makanan yang biasa sepanjang tahun lalu.

Oleh kerana ada kalanya terdapat lima pesanan yang berasingan dalam satu hari, Kylie sebenarnya tidak hanya membuat pesanan untuk dirinya sahaja, malah turut memesan makanan buat kru produksi yang bekerjasama dengannya.

Antara makanan yang dipesan oleh Kylie adalah seperti sandwish, burger, krim keju serta lain-lain lagi yang datangnya dari kedai-kedai terpilih. – KopiPlanet.com

Pengawal Peribadi Nafi Dia Bapa Kandung Anak Kylie Jenner

Selepas tersebar dakwaan yang mengatakan dia mungkin merupakan bapa kandung kepada anak perempuan Kylie Jenner, pengawal peribadi sosialit terbabit, Tim Chung tampil membidas perkara tersebut di laman Instagramnya.

Berkongsikan luahannya selepas dituduh sedemikian hanya kerana wajah anak Kylie, Stormi Webster seiras dengannya, Tim menulis, “Saya seorang yang sangat berahsia dan tidak akan membalas mana-mana komen atau cerita yang tidak masuk akal.

“Dengan penuh rasa hormat terhadap Kylie, Travis dan anak perempuan mereka, saya mahu menjelaskan yang hubungan saya dengan Kylie adalah profesional sebagai seorang majikan dan pekerja sahaja.

“Ini adalah komen balas saya yang pertama dan terakhir berhubung isu ini,” katanya.

Sebelum ini tular apabila sekeping gambar menunjukkan wajah Stormi dan Tim yang kelihatan cukup seiras sehinggakan ramai ragu-ragu adakah benar Travis merupakan bapa kandung kepada anak Kylie.

Kylie dan Travis berpacaran sejak April tahun lalu. Pasangan ini menimang cahaya mata pertama mereka pada 1 Februari lalu. – KopiPlanet.com

Lepas Kylie, Khloe Pula Umum Hamil

Selepas berita kehamilan Kylie Jenner diumumkan hujung minggu lalu, hari ini kakak Kylie, Khloe Kardashian pula mendedahkan dia sedang hamil cahaya mata pertamanya.

Bayi yang dikandung Khloe merupakan hasil hubungannya dengan teman lelaki, pemain bola keranjang NBA, Tristan Thompson.

Pasangan ini mula bercinta tahun lalu apabila diperkenalkan oleh rakan masing-masing.

Usia kandungan Khloe dikhabarkan sudah memasuki bulan ketiga dan dia dijangka bersalin pada bulan Februari depan.

Khloe sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas pemain bola keranjang, Lamar Odom pada 2009 namun berpisah pada tahun lalu. – KopiPlanet.com