• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Forbes Tarik Semula Gelaran Billionaire Termuda Kylie Jenner

Forbes baru sahaja membuat kejutan menerusi artikel yang bertajuk ‘Inside Kylie Jenner’s Web of Lies and Why She’s No Longer a Billionaire’ gara-gara selebriti berkenaan telah berbohong tentang data kewangan dan kekayaan yang dimilikinya.

Menerusi artikel berkenaan yang dipaparkan semalam, Forbes menjelaskan bahawa perniagaan Kylie menerusi Kylie Cosmetics tidak berjalan hebat seperti dibayangkan ramai.

Malah, jumlah pendapatan perniagaan bekas kekasih kepada Travis Scott itu juga dikatakan boleh mencecah USD1 bilion dan sebab itu dia tidak layak mendapat gelaran billionaire.

Dalam rencana yang ditulis secara terperinci itu, Kylie dan keluarganya didakwa telah sengaja memperbesar-besarkan perniangaan dan kejayaan yang diraihnya.

Selain itu, Forbes juga memetik laporan daripada pihak Coty, perusahaan kecantikan yang telah membeli saham Kylie Cosmetics sebanyak 51 peratus pada Januari lalu.

Menariknya, daripada urusniaga berkenaanlah telah terbongkar bahawa selama ini perniagaan Kylie telah mengalami defisit, di mana pengeluaran produk lebih banyak berbanding pendapatan.

Dalam pada itu, menyedari tentang perkara tersebut, Kyle terus meluahkan kemarahannya di Twitter bagi mempertahankan dirinya.

“Baru bangun tidur terus mendapat berita sebegini. Saya fikir dia (Forbes) adalah laman web yang boleh dipercayai. Semua angka yang saya lihat ditulis berdasarkan data yang tidak tepat dan belum ada bukti.

“Saya tidak pernah meminta sebarang gelaran atau cuba untuk berbohong. Baiklah, saya sangat diberkati melebihi usia dan mempunyai seorang anak yang cantik dan perniagaan yang sukses. Saya baik-baik sahaja,” tegasnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend