• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Kylie Jenner Sumbang RM4.3 Juta Untuk Pembelian Topeng & Pelindung Muka

Bintang siri realiti Keeping Up With The Kardashians yang juga pengasas Kylie Cosmetics, Kylie Jenner,23, dilapor telah menyumbangkan wang berjumlah RM4.3 juta (AS$ 1 juta) untuk membeli kelengkapan topeng dan pelindung muka untuk petugas perubatan di kesemua hospital di California, Amerika Syarikat (AS) bagi membendung penularan wabak Coronavirus (Covid-19).

Perkara itu didedahkan oleh seorang doktor, Dr Thais Aliabadi dari Pusat Perubatan Sinai Cedars yang juga merupakan doktor yang menyambut kelahiran anak Kylie, Stormi dua tahun lalu.

“Terima kasih Kylie, anda merupakan hero saya. Dengan sumbangan yang anda berikan ini, tentunya dapat menyelamatkan banyak nyawa di luar sana, terima kasih Kylie,” tulis doktor tersebut di Instagramnya.

Kylie kemudian membalas, “Terima kasih di atas khidmat tidak berbelah bahagi anda, anda adalah bidadari dunia.”

California kini mencatatkan negeri keempat paling tinggi di AS dengan sejumlah 2,100 kes positif Covid-19 dengan 40 kematian direkodkan sehingga kini. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend