• FOLLOW US

Agensi Pengurusan Nafi Lee Jong Suk Bercinta Dengan Kwon Nara

Baru-baru ini bertebaran gosip mendakwa pelakon Lee Jong Suk sedang hangat bercinta dengan ahli kumpulan Hellovenus, Kwon Nara.

Bagi menjelaskan situasi sebenar, agensi pengurusan kedua-dua selebriti itu, A-Man Project mengeluarkan satu kenyataan mengatakan dakwaan itu adalah khabar angin semata-mata.

“Laporan media yang mengatakan mereka bercinta adalah palsu. Mereka hanya rapat sebagai rakan sekerja dalam industri seperti hubungan senior dan junior,” kata kenyataan itu.

Spekulasi itu tercetus selepas Jong Suk dipercayai cuba menyakinkan Nara untuk bernaung di bawah agensi pengurusan yang sama dengannya selain itu mereka juga sentiasa dilihat bertemu janji di kafe milik aktor itu, 89 Mansion.

Dalam perkembangan lain, Jong Suk sekarang sedang menjalani latihan ketenteraan dan dijangka tamat latihan pada Januari 2021. – KopiPlanet.com

Lee Jong Suk ‘Berehat’ 2 Tahun, Jalani Latihan Ketenteraan Wajib

Pelakon Lee Jong Suk merupakan selebriti lelaki terbaharu yang mendaftar masuk bagi menjalani latihan ketenteraan semalam.

Jong Suk, 30, akan berehat daripada kerjaya lakonan selama dua tahun bagi memberi ruang kepadanya untuk menjalani latihan ketenteraan yang diwajibkan kepada semua warga negara lelaki Korea Selatan berusia 18 tahun ke atas.

Pihak pengurusan aktor itu bagaimanapun tidak mendedahkan di mana Jong Suk bakal menjalani latihan walaupun peminat dan para media sudah mengerumuni sebuah lokasi yang dikatakan menjadi tempat latihannya itu.

“Tempat latihan Lee Jong Suk bukanlah di sini (tempat peminat berkumpul) sebaliknya dia akan ditempatkan di satu lokasi yang dirahsiakan. Pihak berkaitan tidak mahu beritahu kerana mahu mengelakkan kekecohan,” kata wakil agensinya.

Sebelum menjalani latihan ketenteraan, pelakon drama bersiri Pinocchio itu akan terlebih dahulu berkhidmat di pejabat kerajaan. Jong Suk dijangka menamatkan latihannya pada 2 Januari 2021. – KopiPlanet.com

Penat Berlakon, Lee Jong Suk Bakal Jadi Editor Majalah Pula?

Pernah berlakon sebagai doktor dan wartawan, pelakon Lee Jong Suk kini diberi kepercayaan untuk membintangi drama terbaharu tvN berjudul Romance Is A Supplement yang mana menuntutnya untuk menjadi editor majalah.

Drama romantis yang bakal ditayangkan pada awal tahun hadapan itu memperlihatkan kemampuan aktor kacak ini untuk mempelbagaikan wataknya sepanjang berkecimpung dalam bidang hiburan.

Sebelum ini, Jong Suk pernah melakonkan drama bergenre misteri, fantasi dan aksi seperti Pinocchio, While You Were Sleeping dan I Can Hear Your Voice.

Seperti yang diketahui peminat drama Korea Selatan, pastinya aktor ini akan membuat homeworknya yang tersendiri bagi menghidupkan wataknya memandangkan drama keluaran negara itu lebih mementingkan jalan cerita dengan memberi penekanan kepada profesion watak utama drama tersebut daripada episod percintaan hero dan heroinnya. – KopiPlanet.com

Lee Jong Suk Tubuh Agensi Pengurusan Sendiri, A-man

Pelakon popular Korea Selatan, Lee Jong Suk mengambil keputusan keluar daripada syarikat pengurusan YG Entertainment baru-baru ini.

Keputusan itu dibuat Jong Suk berikutan dia sudah menubuhkan satu syarikat pengurusan sendiri, A-man yang mana akan bekerjasama dengan satu lagi agensi pengurusan YNK Entertainment.

“Bersama dengan A-man, agensi pengurusan yang ditubuhkan Jong Suk, selepas ini pihak kami akan bertanggungjawab dengan segala aktiviti seni melibatkan aktor terbabit.

“Jong Suk sudah berjaya buktikan dia antara pelakon hebat dan kami akan memastikan perjalanan karier akan bertambah baik untuk tahun-tahun akan datang,” kata YNK.

Jong Suk kini sedang sibuk menghabiskan penggambaran drama bersiri Hymn of Death bergandingan dengan Shin Hye Sun yang turut bernaung di bawah agensi YNK. – KopiPlanet.com