• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Lee Jong Suk ‘Berehat’ 2 Tahun, Jalani Latihan Ketenteraan Wajib

Pelakon Lee Jong Suk merupakan selebriti lelaki terbaharu yang mendaftar masuk bagi menjalani latihan ketenteraan semalam.

Jong Suk, 30, akan berehat daripada kerjaya lakonan selama dua tahun bagi memberi ruang kepadanya untuk menjalani latihan ketenteraan yang diwajibkan kepada semua warga negara lelaki Korea Selatan berusia 18 tahun ke atas.

Pihak pengurusan aktor itu bagaimanapun tidak mendedahkan di mana Jong Suk bakal menjalani latihan walaupun peminat dan para media sudah mengerumuni sebuah lokasi yang dikatakan menjadi tempat latihannya itu.

“Tempat latihan Lee Jong Suk bukanlah di sini (tempat peminat berkumpul) sebaliknya dia akan ditempatkan di satu lokasi yang dirahsiakan. Pihak berkaitan tidak mahu beritahu kerana mahu mengelakkan kekecohan,” kata wakil agensinya.

Sebelum menjalani latihan ketenteraan, pelakon drama bersiri Pinocchio itu akan terlebih dahulu berkhidmat di pejabat kerajaan. Jong Suk dijangka menamatkan latihannya pada 2 Januari 2021. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend