• FOLLOW US

PU Rizz Dedah Ada Ustaz Letak Harga RM3,000 Tanpa Diskaun

PU Rizz atau pemilik sebenar nama Muhammad Haris Ismail antara peserta Pencetus Ummah yang jarang berkongsi tentang sesuatu isu di laman sosial.

Bagaimanapun, PU Rizz baru-baru ini telah memuat naik beberapa status di Twitter miliknya yang turut dikongsi di laman Instagramnya.

“Saya kurang suka comment pasal isu-isu hot ni tapi this is Cukup! PENJUAL AGAMA. Semalam ada one of production people call saya and the ask ‘ustaz, berapa ribu ustaz letak harga kalau nak jemput datang tempat/tv saya?’

“Saya macam eh kenapa beribu ingat dia macam main-main je. Then she replied bukan main-main la kita tanya sebab ustaz **** harga dia 3k (RM3,000) no discount,” dedahnya,

Menurut PU Rizz, sepanjang hidupnya dalam berdakwah, dia tidak pernah lagi seumur hidup meletakkan harga bagi ilmu agama.

“In fact she mentioned no discount malu kita mendengarnya, kita ni hadir sebagai pendakwah bukan nak duit jual ilmu. Kita berharap Allah balas dengan ilmu yang tak banyak ni,” jelasnya.

Menurutnya lagi, terdapat ustaz selebriti yang menggunakan sepotong ayat Al-Quran terhadap tindakan yang dilakukan, sedangkan PU Rizz menyatakan ayat tersebut diturunkan kerana orang yahudi meminta duit setiap kali membaca kitab suci.

“Bukan Allah suruh kita minta bayaran mahal-mahal faham tak? RM3,000 ni tak masuk akal untuk masjid kuliyyah subuh atau di rumah anak yatim.

“Come on la jangan jadi fitnah agama. Be reasonable what are u doing is for the day-after. Minta banyak-banyak sebab u popular for what?” tegasnya.

Menurutnya, ia juga peringatan yang baik untuk dirinya dan semua yang bergelar ‘ustaz selebriti’ sambil menyatakan bukanlah satu perbuatan yang haram untuk mendapatkan wang.

“Betul la nak bayar minyak and tol etc but remember your intention, what is the purpose you belajar dan sebar ilmu agama. Niat untuk siapa?”, ujarnya. – KopiPlanet.com

Pakai Seluar Ketat Antara Cabaran PU Rizz Berlakon Filem

Biarpun mula berjinak-jinak dengan bidang lakonan, ternyata tuah telah memihak kepada PU Rizz apabila ditawarkan berlakon dalam filem Ada Apa Dengan Dosa terbitan Pencil Pictures Sdn. Bhd.

Pemilik nama sebenar Muhammad Haris Mohd Ismail itu berkata, dia bersetuju memegang watak utama dalam filem berkenaan memandangkan ia sebuah filem bercorak Islamik.

“Dalam filem ini saya membawa watak seorang pendakwah bernama Khaliq yang belajar dalam jurusan agama di sebuah universiti di Scotland.

“Kemudian dia bertemu dengan seorang gadis bernama Aurora yang berminat mendalami Islam. Namun lama-kelamaan dia mula jatuh dengan gadis berkenaan,” ujarnya.

PU Rizz berkata demikian ketika ditemui semasa majlis berbuka puasa dan pelancaran filem Ada Apa Dengan Dosa yang berlangsung semalam.

Ketika ditanya mengenai cabaran sepanjang berlakon dalam filem tersebut, PU Rizz berkata antaranya adalah penampilannya yang lebih moden.

“Untuk watak Khaliq ini, saya terpaksa ubah gaya rambut yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Selain itu, saya perlu memakai seluar yang agak ketat sehinggakan berasa panas dan kurang selesa walaupun berada di negara sejuk.

“Sebenarnya, saya dah sediakan pakaian sendiri yang menggambarkan sebagai seorang pendakwah. Namun, semua pakaian yang saya bawa itu langsung tidak digunakan sepanjang penggambaran,” jelasnya ketika menceritakan pengalaman berlakon dalam filem sulungnya.

Dalam pada itu, berkenaan dengan perkembangan terkininya pula, PU Rizz menyatakan kini dia sedang memberi tumpuan kepada pelajarannya dalam jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Buat masa ini saya memang fokus terhadap pelajaran sahaja. Kali terakhir pun saya berlakon adalah drama bersiri Selafaz Rindu yang ditayangkan pada Februari lalu.

“Tidak dinafikan memang terdapat banyak tawaran berlakon yang diterima, tetapi saya tolak kesemuanya kerana komitmen saya terhadap pelajaran,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia menyatakan mungkin akan kembali aktif dalam bidang seni setelah menamatkan pengajiannya nanti. – KopiPlanet.com