• FOLLOW US

Anak Gadis Shah Rukh Khan Sedia Tawan Industri Bollywood

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Itu perumpamaan yang dapat dikaitkan dengan anak gadis kepada raja Bollywood Shah Rukh Khan iaitu Suhana Khan.

Suhana, 19, dipercayai ingin mengejar impian mengikut jejak langkah bapanya yang bergelar bintang filem terkenal sejak lebih dua dekad lalu.

Untuk memulakan langkahnya, Suhana terlebih dahulu mengambil bahagian dengan berlakon menerusi satu filem pendek yang diarahkan oleh rakan sekelasnya.

Gambar yang dikongsikan menerusi laman Fan Page Suhana itu ternyata menarik perhatian malah ramai tidak sabar mahu menyaksikan lakonan anak kedua daripada tiga beradik itu.

Shah Rukh Khan sebelum ini pernah menegaskan mahu melihat kesemua anak-anaknya menggenggam segulung ijazah terlebih dahuluu sebelum meneruskan cita-cita mereka dalam bidang glamor.

Suhana kini sedang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di London. – KopiPlanet.com

Anak Perempuan Shah Rukh Khan Hiasi Muka Depan Vogue India

Walaupun masih belum memulakan karier lakonan di India, namun anak perempuan Shah Rukh Khan, Suhana Khan, 18, cukup bertuah apabila dipilih menjadi wajah muka hadapan majalah fesyen terkemuka dunia, Vogue edisi India.

Berlatarkan warna merah jambu, Suhana kelihatan cantik bergaya dengan persalinan indah daripada jenama mewah seperti Balmain dan Emilio Pucci.

Suhana menunjukkan minat untuk menceburi bidang lakonan sama seperti bapanya yang digelar Raja Filem Bollywood, sebelum ini pernah beraksi dalam beberapa teater yang dianjurkan sekolahnya di London.

Suhana yang merupakan anak kedua Shah Rukh dan isterinya, Gauri Khan bercadang ingin memulakan karier lakonan di Los Angeles sebaik menamatkan persekolahannya di kota London.

Shah Rukh juga berharap anaknya itu kelak akan dapat menyinar sebagai bintang filem suatu hari nanti.

“Saya bertuah dapat bekerjasama dengan ramai wanita hebat dan berharap satu hari nanti Suhana boleh menjadi seperti salah seorang daripada wanita hebat tersebut,” katanya.

Selain Suhana, Shah Rukh turut mempunyai dua anak lelaki, Aryan, 21, dan Abram, 5 tahun. – KopiPlanet.com