• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Anak Perempuan Shah Rukh Khan Hiasi Muka Depan Vogue India

Walaupun masih belum memulakan karier lakonan di India, namun anak perempuan Shah Rukh Khan, Suhana Khan, 18, cukup bertuah apabila dipilih menjadi wajah muka hadapan majalah fesyen terkemuka dunia, Vogue edisi India.

Berlatarkan warna merah jambu, Suhana kelihatan cantik bergaya dengan persalinan indah daripada jenama mewah seperti Balmain dan Emilio Pucci.

Suhana menunjukkan minat untuk menceburi bidang lakonan sama seperti bapanya yang digelar Raja Filem Bollywood, sebelum ini pernah beraksi dalam beberapa teater yang dianjurkan sekolahnya di London.

Suhana yang merupakan anak kedua Shah Rukh dan isterinya, Gauri Khan bercadang ingin memulakan karier lakonan di Los Angeles sebaik menamatkan persekolahannya di kota London.

Shah Rukh juga berharap anaknya itu kelak akan dapat menyinar sebagai bintang filem suatu hari nanti.

“Saya bertuah dapat bekerjasama dengan ramai wanita hebat dan berharap satu hari nanti Suhana boleh menjadi seperti salah seorang daripada wanita hebat tersebut,” katanya.

Selain Suhana, Shah Rukh turut mempunyai dua anak lelaki, Aryan, 21, dan Abram, 5 tahun. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend