• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Anak Perempuan Shah Rukh Khan Jadi Perhatian

Jika sebelum ini nama anak lelaki Shah Rukh Khan, Aryan Khan, 20, sering kali menjadi topik utama media-media di India, kini tiba masa adiknya, Suhana pula menjadi topik perbualan di sana.

Semakin meningkat remaja, Suhana kini dilihat semakin mirip rupa bapanya jika dibandingkan ketika di zaman kanak-kanak.

Suhana kini berusia 17 tahun dan pernah menyatakan cita-citanya untuk mengikut jejak langkah bapanya terlibat dalam bidang lakonan.

Sering kali menemani ayahnya ke majlis-majlis hiburan menyebabkan Suhana kini menjadi kegemaran lensa kamera paparazi untuk membidik fotonya.

Selain Aryan dan Suhana, Shah Rukh dan isteri, Gauri turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Abram Khan, 4 tahun. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend