
Tak Dapat Bayaran Daripada Stesen TV, Amir Raja Lawak Terpaksa Jual Kereta Miliknya
Baru-baru ini, pelawak popular ada meluahkan perasaannya mengenai sebuah stesen TV popular yang masih tidak melunaskan bayaran setelah menjayakan sebuah program beberapa tahun lalu.
Yang terbaru, menerusi perkongsian di akaun Facebook miliknya, pelawak berkenaan mendedahkan dia terpaksa menjual kereta miliknya.
“Assalamualaikum Payment dari station TV tu belum dapat lagi, arini jual kereta utk cover apa yg patut. Sedih tu ada la terasa, sbb kereta ni walaupun sekejap dgn sy, tp byk kenangan dan berjasa jgk pd sy.
“Kereta ni jgk ada ikut sy berniaga, merata kitorg bersama ke Johor, ke Perak, pegi niaga air tepi jalan. Plan nk buat cantik-cantik nk g camping tp x kesampaian, ada benda yg lg mustahak utk sy buat dan terpaksa cairkan 1 aset ni.. alhamdulillah Selamat jalan proton juara ku,” ujarnya.
Dalam perkongsiannya sebelum ini, pelawak berkenaan memberitahu stesen tersebut masih belum melunaskan bayaran sebanyak RM18,000.

Menurut Amir, dia sudah menunggu selama tiga tahun dan ketika ini dia sangat memerlukan wang dan ketika ini stesen itu baru melunaskan RM5,000 sahaja.
Ujarnya, dia memerlukan baki wang tersebut dalam kadar segera untuk membantu keluarganya.
Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap Amir dan berharap agar pelawak berkenaan dipermudahkan urusan – KopiPlanet.com