FilemTerkini

Tak Ingin Usai Di Sini Adaptasi Filem Korea More Than Blue, Kisah Pengorbanan Seorang Lelaki

Filem ini diproduksi oleh syarikat Paragon Pictures kerjasama Ideosource Entertainment & Horizon Film Entertainment sebagai pengedar di Malaysia. Ditulis dan diarahkan oleh pengarah The Most Beautiful Girl In The World, Robert Ronny.

Dibintangi oleh pelakon popular Indonesia antaranya Bryan Domani (172 Days),Vanesha Prescilla (Milea : Suara Dari Dilan), Davina Karamoy (Ipar Adalah Maut) dan ramai lagi.

Tiga hari pertama tayangan filem ini di Indonesia sejak hari pertama tayangan 5 Jun yang lalu telah mencecah 200 ribu penonton.

Filem ini juga akan ditayangkan di Singapore & Brunei.Tak ingin Usai Disini juga telah ‘viral & trending’ di tiktok setelah tayangannya hari pertama sehingga ke hari ini.

Terdapat banyak review positif dan juga reaksi mengalir air mata setelah penonton disana menonton filem ini. 

Setelah menggegarkan pawagam di Indonesia, Tak Ingin Usai Di Sini akan menemui penonton di Malaysia mulai 3 Julai ini.

Sinopsis :

Tak Ingin Usai di Sini adalah filem drama romantik Indonesia yang mengisahkan

hubungan mendalam antara dua orang sahabat, K (Bryan Domani) dan Cream (Vanesha Prescilla), yang telah bersama sejak sekolah menengah.

K yang dalam diam jatuh cinta pada Cream merasakan dirinya tidak sesuai dengannya berusaha mencarikan pasangan yang tepat untuk Cream,supaya dia tidak berasa sunyi jika K sudah pergi dari hidupnya.

Mencintai tapi bagaimana kalau hati tak pernah rela untuk mengucapkan selamat tinggal? K dan Cream berharap cinta mereka Tak Ingin Usai di Sini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button