Cerita ArtisHiburan

“Tak Perlukan Baby Shima Untuk Trendingkan Lagu Saya” – Aliff Syukri

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan pergaduhan di media sosial yang membabitkan dirinya dengan penyanyi Baby Shima adalah sebagai satu gimik bagi melariskan single terbaharunya, Cowok Baru.

Menurut Aliff, dia tidak memerlukan penyanyi dangdut tersebut untuk menjadikan lagu terbaharu nyanyiannya itu menjadi trending di Malaysia dan negara jiran, Indonesia.

“Saya tak perlukan Baby Shima untuk trendingkan lagu saya. Tanpa kontroversi dengan dia pun, lagu saya dah memang trending.

“Lagu saya dah dimainkan di lebih 10 buah radio popular di Indonesia. Jadi, anda tidak perlu lagi bertanyakan saya mengenai Baby Shima, nanti seakan saya memberikan publisiti percuma kepada dia,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Aliff ditemui pada majlis pelancaran penjenamaan semula D’herbs yang diadakan di Flora Terrace, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini.

Kontroversi bermula apabila Baby Shima mengkritik nyanyian Aliff menerusi ruang komen di Instagram milik usahawan tersebut.

Menurut bekas peserta program Big Stage musim pertama itu, suara Aliff kurang sedap didengar walaupun mengakui melodi lagu Cowok Baru itu adalah bagus dan catchy.

Lantaran komen itu, Aliff membidas kenyataan penyanyi lagu Roadblock Hatiku itu dengan mempertikaikan semula kredibiliti nyanyian dan kualiti suara Baby Shima.

Single Cowok Baru merupakan kolaborasi Aliff bersama dua penyanyi Indonesia Lucinta Luna dan Upiak.

Lagu tersebut dihasilkan Aliff bagi menggembangkan bakat nyanyiannya ke negara seberang yang mana banyak didominasi muzik genre dangdut seperti yang dibawakannya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button