Gosip PanasHiburan

Tak Puasa… Penerbit Selamba Merokok Depan Orang Ramai

Hi uolsssss… rasanya dah agak lama juga Cik Kopi tak membawang. Sebenarnya, Cik Kopi ni jenis yang tak suka nak membawang sangat, tambah-tambah pada bulan Ramadan ni.

Cuma, kali ni Cik Kopi rasa nak share sesuatu dengan pembaca-pembaca setia KopiPlanet. Share tentang seorang individu bergelar penerbit yang terang-terang tunjuk tak puasa depan orang ramai. Penerbit lelaki tau… kalau penerbit perempuan tu paham-paham ler jugak kan.

Alkisahnya, baru-baru ini Cik Kopi hadir ke sebuah majlis berbuka puasa anjuran sebuah syarikat. Kalau disebut nama syarikat tu, sah-sah seantero Malaysia memang kenal.

Kebetulan masa tu Cik Kopi tersampai awal ke majlis berkenaan sebab nak elak traffic jammed, kira-kira dalam pukul 5.00 petang Cik Kopi tiba ke lokasi majlis.

Sebaik sahaja mendaftarkan nama di meja pendaftaran, Cik Kopi terus menoleh ke belakang. Lalu ternampak ler kelibat penerbit ni yang juga penganjur majlis dengan selamba je merokok.

Alahai… kalau dah memang tak puasa pun agak-agaklah. Perlu ke nak tunjuk awak tu selamba merokok depan orang ramai, terutama kat tetamu yang hadir.

Cik Kopi pun hairan dengan kelakuan penerbit yang bergelar ‘Datuk’ ni. Nak tunjuk bangga ke yang diri tu tak puasa dan boleh selamba merokok di siang hari depan orang.

Kalau boleh, ubah-ubah ler perangai tu ye… Awak ni seorang ‘Datuk’ yang memang dikenali ramai. Jadi, tunjuklah perangai yang senonoh sikit.

Cik Kopi: Tahun lepas baju raya Cik Kopi dua pasang jer. Memandangkan tahun ni dah tak ada GST, dapatlah beli baju raya empat pasang.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button