• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Tak Sampai Setahun Melahirkan Anak, Miranda Kerr Kembali Hamil

Biarpun belum sampai setahun super model terkenal melahirkan anak kedua, kini super model terkenal Miranda Kerr dilaporkan telah kembali hamil.

Selebriti berkenaan memberi bayangan mengenai kehamilannya itu kepada peminat menerusi Instagram dengan memuat naik gambarnya dengan caption ketika menghadiri acara malam anugerah untuk jenama kosmetiknya, Kora Ogranics.

Bagaimanapun, caption yang ditulis tidak secara terang-terangan menyatakan yang dirinya sedang hamil. Sebaliknya dengan meletakkan gambar emoji ibu hamil.

Ternyata gambar dan caption yang dimuat naik oleh Miranda itu telah mendapat banyak ucapan tahniah, antara daripada model Lili Aldridge dan Olivia Munn.

Miranda merupakan isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Snapchat, Evan Spiegel setelah mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2017.

Super model itu melahirkan anak pertamanya bersama Evan pada Mei 2018 yang diberi nama Hart Spiegel. Sebelum ini, Miranda sudah mempunyai seorang cahaya mata ketika menjadi isteri kepada Orlando Bloom sebelum ini. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend