FilemTerkini

Takut Ke Tak Tampilkan Cerita Komedi Seram Yang Menghiburkan

Setelah tayangannya ditangguhkan akibat Covid-19, filem Takut Ke Tak akhirnya menemui penonton di pawagam bermula pada 27 Ogos lalu.

Menariknya, filem komedi seram arahan Muzzamer Rahman ini telah menampilkan bakat-bakat muda baharu dan berpengalaman seperti Nabil Aqil, Ika Nabella, Fabian Loo, Arwind Kumar, Han Zalini, Daniella Sya, Delimawati, Ropie dan Sherry Aljeffri.

Muzzamer yang juga pemenang anugerah The Young Filmmakers Award 2015 berkata, dia amat berbangga untuk menghasilkannya meskipun kurang berpengalaman.

“Peluang yang diberikan ini saya gunakan sebaik-baiknya bagi membalas kepercayaan yang diberikan untuk mengarahkan filem ini.

“Saya berharap agar lebih ramai lagi pengarah muda berani menyahut cabaran untuk bersama-sama membantu industri filem tempatan.

Filem berkenaan mengisahkan tentang lima pelajar jurusan filem merancang untuk melakukan penggambaran di sebuah rumah berhantu, namun satu demi satu kejadian yang pelik dan seram berlaku terhadap mereka.

Jelas Muzzamer, Takut Ke Tak menjanjikan aksi komedi segar dan menghiburkan untuk segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan muda.

“Untuk pembikinan filem ini, kami menjalani penggambaran pada bulan Januari tahun lalu di sekitar Lembah Klang,” jelasnya.

Takut Ke Tak diterbitkan oleh Jazzy Pictures, Magician Pictures, Fast Forward Films dan pengedar filem GSC Movies. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button