Cerita ArtisHiburan

Tawaran Berlakon Tidak Putus, Neera Azizi Berhenti Jadi Pramugari

Sebelum ini, pelakon Neera Azizi sememangnya dikenali menjadi seorang pramugari bersama syarikat penerbangan Malindo Air.

Bagaimanapun, menerusi perkongsiannya di Instagram, Neera menyatakan kini dia sudah tidak lagi bertugas di awan biru.

“Okay ramai sangat tanya I still fly ke? Dah resign ke? Dah tak shoot ke? Now I nak bagitau yes I dah resign Malindo. I sekarang focus acting. Why resign? Cuz dapat offer shoot drama back to back.

“Alhamdulillah since resign till now my job tak putus. Rindu nak fly? Sometimes rindu. I suka je fly tapi my passion more to acting,” kongsinya.

>Baca: Masih Ingin Berlakon, Isma Yusoof Idam Mahu Bawa Watak Transgender

Jelas Neera, sekiranya diberi pilihan sama ada berlakon atau menjadi pramugari, dia menyatakan lebih memilih lakonan sebagai kerjaya.

Namun begitu, dia juga bersedia untuk kembali bertugas di awan biru sekiranya mempunyai peluang, masa dan kesempatan yang sesuai.

“If suruh pilih fly dengan acting. Of course 100% I pilih acting cause dari kecik itu la minat I.. ada juga yang tanya, nak fly balik tak?

“Kalau ada peluang, masa dan kesempatan memang I nak tapi keadaan tak sesuai. Dengan covid semua lagi so airlines banyak minimumkan crew dan office dah tak ambik yang nak rejoin,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Neera Azizi

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button