Cerita ArtisHiburan

Tegar Bergelar Bapa Muda, Timang Anak Sulung Lelaki

Penyanyi Indonesia, Tegar Septian, 19, dan isteri Sarah Sheilka, 23, menimang cahaya mata sulung lelaki selepas isteri Tegar selamat bersalin, baru-baru ini.

Khabar gembira itu diumumkan penyanyi yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang itu menerusi Instagram Story, selepas dia mengulang siar foto ucapan tahniah daripada sahabatnya.

Gambar itu memaparkan Tegar tersenyum gembira di samping cahaya matanya yang masih belum diumumkan namanya.

Tegar yang memulakan kariernya dalam bidang seni sebagai pemuzik jalanan mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada 20 Mac lalu.

Mei lalu, Tegar mengesahkan isterinya hamil anak sulung selepas dua bulan mereka diijabkabulkan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button