AntarabangsaHollywood

Tembakan Di Vegas: Red Carpet Blade Runner Batal

Susulan tragedi tembakan rambang di Las Vegas yang telah mengorbankan 59 mangsa, acara red carpet bagi tayangan perdana filem Hollywood berskala besar, Blade Runner 2049 terpaksa dibatalkan.

Keputusan itu dibuat oleh penerbit filem tersebut, Warner Bros. Pictures, Sony Pictures dan Alcon Entertainment bagi menghormati mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden terburuk yang pernah dicatatkan negara itu.

Insiden tembakan rambang di Las Vegas yang telah mengorbankan 59 mangsa dan mencederakan lebih 500 orang awam, Ahad lalu. 

Acara gala itu sepatutnya diadakan pada hari ini di Los Angeles yang mana menampilkan pelakon utamanya, Ryan Gosling dan Harrison Ford.

Blade Runner 2049 merupakan arahan Denis Villeneuve, yang mana ia adalah sequel kepada filem arahan Ridley Scott berjudul Blade Runner yang diterbitkan pada 1982.

Blade Runner 2049 bakal memulakan tayangannya di seluruh Amerika Syarikat bermula Jumaat ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button