FesyenGaya Hidup

Tercatat Dalam MBOR, Tudung Bawal Exclusive Bernilai RM100,000

Pengeluar tudung mewah terkenal, Bawal Exclusive telah memperkenalkan sehelai tudung bernilai RM100,000 dan tercatat sebagai tudung termahal oleh Malaysia Book Of Records.

Pengasasnya, Haliza Maysuri berkata, tudung berkenaan adalah pemberian istimewa dan penghargaan daripada Swarovski memandangkan Bawal Exclusive merupakan antara pemborong terbesar kristal syarikat berkenaan.

“Semuanya bermula dengan kehadiran wakil Bawal Exclusive ke majlis makan malam dan pembukaan manufaktur di ibu pejabat Swarovski di Wattens, Austria pada tahun 2018. Ketika itu, semua tetamu yang datang dapat merasai sendiri kemewahan kristal Swarovski yang dipertontonkan secara eksklusif.

“Sejak itu, saya berjanji mahu membawa memori tersebut pulang ke Malaysia untuk dinikmati bersama dengan seluruh penggemar jenama Bawal Exclusive, selain memilki sebuah butik mewah setanding dengan jenama antarabangsa lain,” jelasnya.

Beliau berkata demikian sewaktu majlis Mempersembahkan Tudung Termahal Di Dunia Bertahtakan Kristal Swarovski yang berlangsung di sebuah hotel, hari ini.

Ujar beliau, tudung tersebut bukanlah untuk dijual dan ia akan dipamerkan bersempena dengan pembukaan Private Lounge Bawal Exclusive yang terletak di Puchong, Selangor pada 1 September ini.

“Untung menghasilkannya, pihak kami telah menghantar kain tudung ini ke Austria dan telah direalisasikan oleh Austria Swarovski Head Of Design Team.

“Tudung istimewa ini ditaburi sebanyak 7,512 kristal Swarovski serta mengambil masa selama 320 jam untuk disiapkan membabitkan 12 pekerja. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button