Cerita ArtisHiburan

Terlalu Aktif Pada Musim Perayaan, Fasha Sandha Alami Keguguran

Hasrat pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz untuk menimang cahaya mata sulung bersama tidak kesampaian apabila aktres itu disahkan keguguran.

Fasha yang berkongsikan berita sedih itu menerusi laman Instagramnya menyatakan sebelum cuti beraya doktor sudah memberi pesanan kepadanya supaya banyakkan berehat dan tidak terlalu lasak.

“Ibu minta maaf suamiku tercinta, Rayfal dan Jemyma sayang. Sebelum cuti beraya doktor dah pesan untuk banyakkan berehat, jangan terlalu lasak-lasak. Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ni, ibu naik turun keretapi, naik turun kapal terbang, jalan laju-laju, buat kerja sampai selalu terlupa ada baby kecil dalam perut ibu.

“Ibu terlalu aktif sampai lupa kandungan awal ibu perlukan ibu banyak berehat. Ibu tahu ibu bukanlah ibu yang terbaik. Untuk semua pengikut saya, terima kasih di atas doa dan saya sangat sedih untuk umumkan yang saya mengalami keguguran,” tulisnya.

Luah pelakon itu lagi, dia memohon doa daripada peminat-peminatnya supaya dia dan suami kuat dalam melalui ujian yang dilaluinya itu.

“Terima kasih Allah kerana telah menumpangkan anak syurga ini dalam rahimku, walaupun hanya untuk seketika,” ujarnya lagi.

Fasha berkahwin dengan Aidil pada 30 Mac lalu di Kangar, Perlis. Pelakon itu kemudiannya mengumumkan dia sedang hamil tiga minggu pada 22 Mei lalu.

Fasha turut mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan pertama iaitu Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemyma, 4. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button