AntarabangsaHollywood

Terlalu Sibuk, Chris Bertahun Tak Jumpa Isteri

Disebabkan kesibukan kerja, pelakon Chris Hemsworth mengakui perkara itu hampir membuatkan perkahwinannya dilanda badai.

Namun, dia bernasib baik kerana isterinya, Elsa Pataky seorang yang memahami kerjayanya biarpun pernah melalui pengalaman berjauhan dengan isteri dan keluarga bertahun lamanya disebabkan jadual kerjanya yang sibuk dan ketat.

“Elsa memang kalau boleh mahukan saya sering menghabiskan masa di rumah bersama anak-anak dan keluarga, itu memang kemahuan saya juga, tapi saya perlu terus berlakon untuk kelangsungan hidup,” katanya memetik GQ Australia.

Chris, 34, turut mendedahkan rahsia keutuhan tujuh tahun perkahwinannya dengan Elsa adalah mereka tetap mencuri masa untuk berdua biarpun kini sudah mempunyai tiga cahaya mata, India, 5, dan kembar Tristan dan Sasha, 3.

Walaupun sudah mempunyai anak, Chris dan Elsa tidak menjanjikan perkara itu sebagai penghalang untuk mereka sering menghabiskan masa berkualiti berdua bagi tidak memudarkan rasa cinta di antara mereka. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button