
The Rock Dan Kekasih Timang Cahaya Mata Ketiga
Pelakon The Rock atau nama sebenarnya, Dwayne Johnson selamat menimang cahaya mata ketiga yang diberi nama Tiana Gia. Tiana dilahirkan pada Ahad lalu.
Ini merupakan anak perempuan kedua hasil hubungan dengan teman wanitanya, Lauren Hashian. Mereka turut mempunyai seorang lagi cahaya mata bersama iaitu, Jasmine Lia, 3.
The Rock, 45, turut mempunyai seorang lagi anak perempuan hasil hubungan terdahulu iaitu Simone Alexandra, 16 tahun.
Bekas ahli gusti itu berkongsikan gambar Tiana di laman Instagramnya yang kini sudah mencecah sebanyak 7.6 juta tanda suka daripada para pengikutnya.
Rakan-rakan artis seperti Chris Pratt dan Sophia Bush juga tidak ketinggalan mengirimkan ucapan tahniah mereka di atas kelahiran Tiana.
The Rock mula berpacaran dengan Lauren sejak 11 tahun lalu dan secara berseloroh mengatakan dia tidak pernah bertuah untuk memiliki anak lelaki dalam satu rancangan temu bual sebelum ini. – KopiPlanet.com