• FOLLOW US
Drama, TV

The World Of The Married Kini Boleh Distrim Di Dimsum Entertainment

Penggemar drama Korea kini boleh menyaksikan siri yang paling memberi impak dan mendapat sambutan, iaitu The World Of The Married mulai 1 Mei lalu menerusi platform penstriman dimsum entertainment.

Dekat dengan jiwa penonton, The World of the Married mengisahkan tentang seorang doktor bernama Ji Sun-Woo yang memiliki sebuah kehidupan yang hampir sempurna.

Sungguhpun memiliki segala-galanya, Ji Sun-Woo mengesyaki bahawa suaminya, Lee Tae-Oh main kayu tiga. Hal ini kerana, Ji Sun-Woo terjumpa pelembab bibir berona merah di dalam kocek jaket suaminya.

Benar seperti yang dijangka, Ji Sun-Woo mendapati bahawa suaminya itu sedang berlaku curang. Lebih memburukkan keadaan, suaminya selingkuh dengan rakannya sendiri. Sejak daripada itu, kehidupan mereka suami isteri mula berubah.

Untuk rekod, The World of the Married merupakan adaptasi daripada drama siri dari Britain, Doctor Foster yang pernah disiarkan di BBC One pada tahun 2015 dan 2017. Doctor Foster dibintangi oleh Suranne Jones dan Bertie Carvel

Tersedia untuk distrim bermula 1 Mei 2020, The World of the Married membariskan pelakon-pelakon popular seperti Kim Hee-Ae, Park Hae-Joon, Han So-Hee dan Park Sun-Young. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend