Cerita ArtisHiburan

Tiada Gambar… Majlis Perkahwinan Raja Ilya Jadi Tanda Tanya Peminat

Kalau diikutkan tanggal 23 Disember lalu merupakan detik bahagia buat pelakon Raja Ilya yang mendirikan rumah tangga.

Pada tarikh tersebut, pelakon berkenaan telah menjadi isteri kepada jejaka yang yang hanya dikenali sebagai TWG setelah mereka mengikat tali pertunangan pada Oktober lalu.

Tidak seperti kebanyakan pasangan yang mendirikan tangga akan berkongsi momen dan foto-foto perkahwinan di media sosial, berbeza pula dengan pelakon itu.

Sehingga kini, Raja Ilya tidak memuat naik walau sekeping pun gambar majlis perkahwinannya yang berlangsung di Perth, Australia sehingga menimbulkan tanda tanya peminat sehingga pelbagai spekulasi dibuat.

Kali terakhir pelakon Soulmate Hingga Jannah itu mengemaskini laman sosial Instagramnya adalah pada 23 Disember lalu, iaitu tujuh jam sebelum majlis perkahwinannya berlangsung.

Menerusi video berkenaan itu juga, Raja Ilya turut mendapat ucapan tahniah daripada para peminat dan rakan-rakan pelakon.

Sekiranya sudah mendirikan rumah tangga, team KopiPlanet.com ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baharu kepada Raja Ilya dan suami. – Kopiplanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button