Cerita ArtisHiburan

“Tiada Langsung Video Porno…” – Zarina Anjoulie Nafi Jual Video Seks Bersama Daddy Ash Di Bali

Pelakon dan selebriti Zarina Anjoulie atau lebih sinonim dengan panggilan Anju menafikan telah menghasilkan video seks bersama Daddy Ash ketika berkunjung ke Bali, Indonesia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Anju menjelaskan tujuan utamanya ke Bali hanya atas dasar kerja.

“Ramai page-page cover cerita kononnya Anju buat jualan video porno semasa Anju berada di Bali, siap kata Anju charge orang untuk tengok video tu. Terus terang Anju cakap itu semua TIDAK BENAR sama sekali.

“Tujuan utama Anju ke Bali hanyalah untuk kerja iaitu promosikan SYLVIA SECRET (yang dulu dikenali sebagai Vessa Serum). Jadi, fokus utama Anju hanyalah kerja, ambil gambar, buat content yang cantik untuk Sylvia Secret,” jelasnya.

Mengenai pertemuan dengan Daddy Ash pula, pelakon itu memaklumkan dia hanya terserempak dengan individu berkenaan.

Malah, dia menegaskan tidak terlibat dengan sebarang tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan penghasilan video seks.

“Cuma, masa di Bali hari tu, Anju terserempak dengan seorang sahabat lama – Daddy Ash. Korang pun kenal siapa dia. Tapi isu yang tengah kecoh sekarang, Anju tak terlibat langsung dengan apa yang korang tuduh. 

“Sekali lagi, Anju ke Bali bukan sebab benda lain, hanya kerana kerja Sylvia Secret. Isu Telegram pula bermula bila ramai yang DM tanya link, nak subscribe macam-macam. 

“Disebabkan korang yang nak tahu sangat, Anju pun buat satu channel Telegram khas. Dan nak Anju jelaskan sekali lagi – tiada langsung video porno seperti yang korang kata. Apa yang ada hanyalah aktiviti harian Anju sepanjang di Bali,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button