EventHiburan

Tiga Tahun Cipta Nama, Projector Band Tampil Konsert Sulung

Setelah tiga tahun mencipta nama dalam industri hiburan tanah air, Projector Band bakal tampil dengan sebuah konsert yang akan diadakan pada 28 Julai ini.

Menerusi konsert yang dianjurkan JW Live Productions Sdn. Bhd. band berkenaan akan beraksi di pentas Quill Convention Centre, Quill City Mall kira-kira pukul 8.45 malam.

“Projector Band berharap konsert ini akan mendapat sambutan yang hangat dan semeriah sambutan peminat-peminat kami yang mendengar dan meminta lagu-lagu kami di semua stesyen radio serta menonton semua muzik video kami di Youtube.

“Kami yakin mampu memberi persembahan terbaik pada hari konsert tersebut. Bukan saja lagu-lagu kami yang akan dipersembahkan, malah terdapat lagu ‘cover’ juga. Kami akan pastikan peminat tidak pulang dengan perasaan hampa dengan persembahan kami,” ujar satu kenyataan yang dihantar kepada KopiPlanet.com baru-baru ini.

Istimewanya tentang konsert itu nanti, mereka akan mempersembahkan single terbaru mereka yang bakal dikeluarkan pada tahun ini yang bertajuk Setia Menantimu.

Bagi mereka yang ingin menyaksikan aksi Projector Band boleh mendapatkan tiket yang sudah mula dijual pada 30 Jun lalu dan boleh didapati di www.ticketcharge.com.my dengan harga RM 50 (normal) dan RM 100 (VIP).

“Kepada mereka yang terawal membeli tiket ini nanti akan mendapat Album Projector Band secara percuma (stok adalah terhad),” ujar kenyataan tersebut.

Band berkenaan dianggotai oleh lima orang anak muda yang terdiri daripada Iskandar (Is) sebagai vokalis, Razif (Angah) sebagai gitar utama, Isnaidi (Edi) sebagai gitar kedua, Ahmad Khusairi (Mat) sebagai gitar bass dan Syafiq (Apit) sebagai pemain drum.

Mereka mula mencipta nama di persada muzik tanah air dengan single Sudah Ku Tahu yang diilhamkan sendiri oleh Razif, pemain gitar utama dalam band ini.

Single pertama mereka telah menjadi viral di media sosial dan menjadi fenomena yang besar dalam industri muzik tempatan dua tahun yang lalu. Lagu ini juga telah berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke-31 dan mendapat tempat ke-3.

Mereka juga berjaya dalam merangkul anugerah tontonan muzik video paling tertinggi di Youtube iaitu sebanyak 20 Juta tontonan.

Selepas kejayaan lagu Sudah Ku Tahu, fenomena mereka sekali lagi menjadi dengan single Aisyah. Melalui single tersebut, jumlah tontonan muzik video di YouTube meningkat sehingga 31 juta tontonan. Lagu ini juga ditulis dan dicipta oleh Razif atau lebih dikenali sebagai Angah. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button