FesyenGaya Hidup

Tips: Jom Makeover Meja Kerja Anda!

Setiap dari kita pastinya ada pelbagai cara bagi menceriakan meja kerja di pejabat masing-masing.

Kebiasaannya kita hanya membiarkan meja ofis kosong macam tu je, tapi apa kata kali ini cuba buat kelainan dengan ‘menghidupkan’ meja kerja 9-5 anda tu.

Jom ikut tips mudah ini:

1. Gantung Rantaian Gambar

Apa kata selain daripada bingkai gambar, anda cuba buat kelainan dengan menggantung foto-foto kegemaran menggunakan penyepit yang seperti yang ditunjukkan dalam gambar bawah ini.

2. Letak Note Dalam Pemegang Warna-Warni

Ceriakan meja anda dengan menampal note holders dengan pelbagai kertas warna-warni bagi menaikkan lagi seri work station anda. Dengan warna colorful macam tu, pastinya hari anda tidak lagi suram!

3. ‘Hijaukan’ Meja Anda

Letakkan elemen hijau di meja anda dengan satu atau dua pasu bunga kaktus ataupun tumbuhan hiasan. Berehat sebentar daripada kerja anda dengan take 5 sambil memandang tumbuh-tumbuhan sebenarnya sangat bagus bagi menaikkan kembali fokus dan tumpuan pada kerja tau. Cubalah!

4. Tambah Dekorasi Pada Board 

Daripada typical board warna putih sahaja, apa kata tambah sedikit color padanya dengan melekatkan beberapa sticker atau DIY sendiri corak-corak yang anda inginkan. Barulah semangat nak kerja dengan board warna-warni kan.

5. Guna Magnet Comel, Unik

Jika sebelum ini selalu guna pin magnet warna hitam, putih, kali ini cuba tukar magnet comel dan unik untuk menarik perhatian mata anda. Macam contoh dalam gambar ni.

6. Guna Penahan Buku/Fail Bercorak

Di rak buku, gunakan penahan buku atau fail penting anda dengan book holder yang unik dan menarik. Bukan sahaja ia berfungsi sebagai penahan buku, ia juga boleh dijadikan perhiasan pada meja kerja anda. Pasti menarik! – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button