Cerita ArtisHiburan

Tiz Zaqyah Jadikan Aktiviti Melukis Sebagai Terapi Untuk Hilangkan Tekanan

Sebelum ini, umum sudah mengetahui bahawa pelakon Tiz Zaqyah merupakan antara artis yang mempunyai bakat dalam seni lukisan.

Malah, Tiz juga kerap berkongsi hasil lukisannya menerusi laman sosial seperti di Instagram di akaun @tiz.zaqyah dan @tizartiz.

Bagaimanapun, Tiz yang yang ditemui ketika penggambaran drama bersiri Diva Popular baru-baru ini menyatakan dia pernah meninggalkan seketika aktiviti melukis lantaran kesibukan kerjaya lakonannya.

“Saya hanya kembali aktif melukis semula apabila berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apabila dah lama tak melukis, saya rasa tertekan dan tak ada motivasi.

“Kemudian ramai yang minta supaya saya kembali melukis, saya rasa ia satu terapi dan memberikan saya ketenangan. Ia seolah-olah memberi saya momentum dan semangat,” ujarnya.

Menurut Tiz, dorongan daripada rakan-rakan pelukis yang dikenalinya menerusi Twitter juga memberi inspirasi untuk dia kembali aktif melukis setelah meninggalkannya selama beberapa tahun.

Jelasnya, dahulu melukis merupakan antara aktiviti harian yang dilakukannya setiap malam.

“Saya banyak mengenali rakan-rakan pelukis di Twitter dan merekalah yang banyak memberikan dorongan kepada saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Tiz menyatakan ketika ini dia dalam proses untuk menghasilkan seberapa banyak lagi koleksi lukisan sebelum ia dijual kepada umum.

Ujarnya, ia merupakan antara perancangannya untuk tahun 2021 kerana menyedari bahawa bakat melukis yang dimilikinya itu boleh menjadi punca pendapatan.

“Rasa rugi pula dengan bakat yang ada ini saya tidak gunakan sebaik-baiknya. Ketika sibuk dengan lakonan, saya tak rasa perkara itu penting.

“Namun, bila dah PKP kenal dengan ramai rakan pelukis, saya lihat mereka gigih jual hasil lukisan dan baru saya sedar ia juga adalah satu sumber rezeki,” ujarnya.

Selain itu, pelakon berkenaan turut merancang untuk membuka sebuah galeri lukisin pada masa akan datang. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button