AntarabangsaKpop

Tolak Tawaran RM14 Juta Untuk Tayang Majlis Kahwin

Pasangan pelakon Korea Selatan, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo telah pun selamat bergelar suami isteri pada Selasa lalu.

Walaupun perkahwinan mereka mendapat liputan banyak pihak media namun pasangan ini dilaporkan menolak tawaran sebanyak RM14 juta (US$3.5 juta) yang ditawarkan oleh sebuah organisasi untuk menyiarkan majlis perkahwinan mereka secara live di Internet.

Mereka menolak tawaran tersebut kerana inginkan majlis perkahwinan tertutup untuk ahli keluarga dan sahabat handai bagi kedua-dua belah pihak sahaja.

Walaupun begitu, gambar pernikah mereka mula bertebaran di media sosial selepas satu media China telah melakukan streaming secara haram dengan menyewa bilik hotel yang menghadap dewan pernikahan pasangan terbabit.

Perkahwinan hero dan heroin drama Descendents of the Sun itu turut dihadiri ramai rakan artis antaranya Park Bo Gum, Yoo Ah In, Park Hyung Sik dan pelakon bertaraf Hollywood, Zhang Zi Yi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button