• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Tubuh Dikatakan Berisi, Adira Nafi Hamil Anak Keempat

Penyanyi Adira Suhaimi, 28, menafikan khabar angin yang dia kini sedang hamil anak keempat.

Spekulasi itu tercetus selepas tubuh badannya dikatakan sedikit berisi terutama di bahagian perut ketika bersaing pada minggu kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 34 pada 22 November lalu.

“Eh, saya tidak mengandung, itu hanya lemak. Sejujurnya, saya sedang dalam proses menurunkan berat badan selepas melahirkan Anggun, Ogos lalu.

“Saya akui ia bukan satu proses yang mudah untuk dapatkan kembali berat badan ideal mungkin sebab saya melahirkan tiga cahaya mata sebelum ini semuanya melalui pembedahan,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran program My Buskers yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur hari ini.

Ketika ditanya mengenai kehidupannya sekarang, Adira secara ringkas berkata, “Semuanya okay, Alhamdulillah. Sekarang saya tak nak beri kenyataan mengenai hal peribadi sebaliknya hanya mahu memberikan fokus kepada kerjaya seni sahaja, terima kasih.”

Kisah rumah tangga Adira menjadi bualan ramai apabila dia memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red pada 1 April lalu.

Namun, penyanyi kelahiran Ranau, Sabah itu menarik balik permohonan cerai tersebut pada bulan lalu demi ketiga-tiga anak mereka.

Adira yang merupakan isteri kedua Red bernikah pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga anak, Anggrek, 2, Asan, 1, dan Anggun, empat bulan. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Adira Suhaimi

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend