• FOLLOW US
Viral

Tumpu Pelajaran… Jabir Meftah Belum Sedia Ceburi Bidang Lakonan

Gara-gara penampilannya ketika menjadi pengiring penyampai Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) baru-baru ini, jejaka yang dikenali sebagai Jabir Meftah lantas menjadi tumpuan ramai, terutamanya gadis-gadis yang mengagumi ketampanan yang dimilikinya.

Bagi jejaka kacukan Tunisia (bapa) dan Kedah (ibu) itu, dia sendiri tidak menyangka penampilannya itu menjadi viral, malah pengikutnya di Instagramnya juga bertambah dengan mendadak.

“Saya akui sampai sekarang perasaan gugup itu masih ada. Malah, adakalanya saya juga berasa kurang selesa bila semakin menjadi tumpuan ramai.

“Selain itu, perasaan terkejut pun turut ada, misalnya dengan penambahan bilangan followers di Instagram sebab daripada 10,000 followers, kini sudah meningkat lebih 100,000,” ujarnya yang masih lagi belum mempunyai kekasih.

Ditanya tentang perkembangan mengenai dirinya, Jabir yang juga seorang model memberitahu dia bakal menyambung pengajian di universiti pada bulan hadapan.

Menurutnya, dia akan menutut di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dalam jurusan Kejuruteraan Kimia setelah tamat menjalani program asasi selama setahun di universiti yang sama.

Dalam pada itu, Jabir mengakui sejak dirinya semakin dikenali ramai, dia ada mendapat beberapa tawaran berlakon. Namun, dia terpaksa menolak tawaran yang diterimanya itu.

“Buat masa ini saya memang belum bersedia untuk menjadi seorang pelakon. Sekarang saya mahu lebih memberi tumpuan kepada pelajaran sahaja terlebih dahulu.

“Cuma apabila sudah habis belajar nanti, kalau ada mana-mana pihak yang tawarkan saya untuk berlakon, mungkin saya akan pertimbangkan,” – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend