HiburanSelebriti

Tunang Bella Astillah, Syed Saddiq Bebas Tuduhan Rasuah & Penggubahan Wang Haram

Tunang kepada pelakon Bella Astillah, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan dan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta, selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pendakwaan.

Dengan keputusan penghakiman 2-1, ternyata panel dua hakim iaitu Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan Mahkamah Rayuan tidak terkhilaf apabila membenarkan rayuan bekas Menteri Belia dan Sukan itu Jun tahun lalu.

Bagaimanapun, panel yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, ternyata telah membuat keputusan berbeza terhadap Ahli Parlimen Muar itu.

Berdasarkan keputusan berkenaan, Che Mohd Ruzima dan Collin mendapati tidak ada kesilapan undang-undang atau prosedur yang boleh dijadikan alasan untuk merayu keputusan mahkamah.

Sabitan dan hukuman berkenaan adalah berhubung dua pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, satu tuduhan menyalahgunakan harta dan dua kesalahan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button