EventHiburan

Ulang Tahun Ke-18, Red Box Hadiah Pelanggan Bertuah Barangan Elektronik

Sempena meraikan ulang tahun ke-18, Red Box yang menghargai sokongan pelanggan dengan mengadakan cabutan bertuah buat pelanggan yang setia bersama mereka selama ini.

Bermula Ogos ini sehingga 17 September, karaoke di mana-mana cawangan Red Box, Green Box dan Red Box Plus untuk peluang memenangi hadiah utama berupa telefon pintar P20, Ultra HD Smart TV, Ice Watch dan produk saduran emas Gold Art, hamper Poco dan barang kemas Sovilia.

Penyertaan terbuka kepada setiap perbelanjaan minimum RM180 dalam satu resit. Pelanggan perlu mengambil foto resit asal dengan butiran peribadi yang lengkap.

Selepas itu, WhatsApp gambar tersebut ke talian 012-6712822 dan pemenang akan diumumkan sebaik sahaja tempoh pertandingan itu tamat.

Selain menyediakan promosi bulanan itu, Red Box turut menawarkan baucar percuma buat pelanggan yang berjaya menyelesaikan kiub rubik menerusi permainan harian yang disediakan Red Box.

Berita baik juga buat pengguna Fave, anda akan menerima pulangan tunai sebanyak 20 peratus sekiranya membayar bil karaoke dengan kaedah pembayaran Fave. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button